View: 2156|Reply: 29
|
Penyamun ditembak mati cuba serang polis
[Copy link]
|
|
JOHOR BAHRU 31 Mac - Polis menembak mati seorang daripada 10 penyamun yang cuba menyerang anggota dengan parang ketika kumpulan itu merompak sebuah pusat snuker di Bandar Baru Permas Jaya, di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, seorang lagi rakannya yang terkena tembakan di bahagian kaki sempat melarikan diri bersama tujuh lagi suspek.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kumpulan penyamun tersebut disifatkan berbahaya kerana turut menetak tiga mangsa termasuk seorang daripadanya pekerja premis.
Menurutnya, salah seorang mangsa sempat melarikan diri dan ke balai polis berdekatan untuk meminta bantuan.
"Dua anggota polis bergegas ke pusat snuker itu dan setibanya di situ, kumpulan berkenaan cuba melarikan diri.
"Apabila diarah supaya menyerah, mereka enggan berbuat demikian, malah bertindak menyerang anggota polis.
"Bagi mempertahankan diri, polis melepaskan tiga das tembakan dan mengenai dua suspek," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini hari ini.
Katanya, semua mangsa yang ditetak kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kerugian membabitkan wang tunai berjumlah RM1,200, seutas rantai milik mangsa dan dua telefon bimbit.
Beliau meminta pihak klinik dan hospital sama ada kerajaan atau swasta melaporkan kepada polis jika menerima pesakit yang terkena tembakan atau cedera parah.
"Orang ramai juga perlu beri kerjasama kerana kumpulan penjenayah itu ganas dan amat bahaya. Mereka tidak teragak-agak menyamun dan menetak mangsa," katanya.
credit: utusan malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
arwah anak yg baik.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalu kes cam ni nak kena minta izin dulu ke sebelum tembak? hahahaha
"maaf ye, saya nak tembak awak sampai mati ni sbb awak merbahaya", kata polis itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
geng ni ala peeling peeling ganas ar...
hantar jer mereka ke mexico...
sampai sana... mau terketar ketar kepala lotot mereka tgk betapa brutal dan sadisnya gangstar2 kat mexico tueeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
"Kita tak patut gunakan hukum barbarian blablablaba" |
|
|
|
|
|
|
|
pakatan rakyat akan bersuara tak lama lagi mengatakan polis dah melakukan kesilapan besar |
|
|
|
|
|
|
|
ada kes rompakan hantar 2 anggota je??? |
|
|
|
|
|
|
|
kami hanya dua orang.. mereka 10 penyamun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kami mendesak ditubuhkaqn suruhanjaya siasatan diraja atau inquiri menyiasat kematian penyamun itu sebab penyamun yang mati adalah anak yang baik |
|
|
|
|
|
|
|
arwah anak yg baik..
ella. Post at 1-4-2011 08:03
cantekkkkkk............ |
|
|
|
|
|
|
|
ramai nyer penyamun tu....... nk curi 1.2 k jer mcmn nk kongsi tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
cepat gak respons polis...tp malangnya 2 org jerk...kalau ramai lagi itu malam...ramai sket org tak berguna mati.
btw...kebanyakan taktik skang tetak dulu baru rompak/samun..bukannya mangsa melawan baru tetak..ganazzz...so mmg tak kesian kat dieorg langsung. |
|
|
|
|
|
|
|
anak sy baik tk pernah kuar malam, |
|
|
|
|
|
|
|
ilang sorang penjenayah kt muka bumi ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
iskhh.. iskkhh..
knp tak tangkap dan dibicarakan dahulu... |
|
|
|
|
|
|
|
sapatutnyer polis tu kena tunggu sampai kena tetak baru bole tembak......
ini undang2 hutan.....
hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
ape kelassss rompak pusat snooker dpt 1200 hengget jer... :re: |
|
|
|
|
|
|
|
x bleh salahkan polis gak sebab hantar 2 org jer........ mangsa yg lari buat report pun mungkin cakap tak habis sebab dgn keadaan tergesa2 utk melaporkan kejadian tersebut...... mungkin dia cakap 'tolong encik, saya kene rompak' ja yg sepatutnya berbunyi 'tolong encik, ada 10 org rompak kedai saya'............ |
|
|
|
|
|
|
|
'Saya ingat seorang, tapi 10 penyamun datang'
JOHOR BAHRU 31 Mac - Seorang pekerja sebuah pusat snuker mengalami saat-saat mencemaskan dalam hidupnya apabila ditetak seorang daripada 10 penyamun yang merompak pusat permainan itu di Bandar Baru Permas Jaya, awal pagi tadi.
Mangsa, Wee Ming Teng, 23, yang ditetak dengan parang di lengan sehingga ke siku kiri berikutan itu terpaksa menerima 20 jahitan.
Menurutnya, sebaik sahaja mengetahui terdapat penyamun yang memasuki premis itu, dia cuba melawan dengan membaling kerusi tetapi gagal kerana mereka terlalu ramai.
"Saya ingatkan hanya seorang penyamun tetapi sebaik sahaja saya cuba melawan sembilan lagi menyerbu masuk menyebabkan saya tiada pilihan selain terpaksa melindungi kepala saya daripada ditetak," katanya kepada Utusan Malaysia di tempat kejadian di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 5.10 pagi itu, terdapat beberapa pelanggan sedang leka bermain permainan komputer dan snuker di pusat berkenaan.
Seorang lagi pekerja yang enggan dikenali berkata, sejurus mengetahui disamun, dia mengunci bilik dan memadamkan lampu serta mengarahkan pelanggannya diam.
Menurutnya, kumpulan penyamun itu bertindak ganas dengan memecah serta merosakkan peralatan permainan di pusat berkenaan.
Katanya, insiden itu berlaku kira-kira 20 minit sebelum anggota polis tiba sebaik sahaja salah seorang mangsa yang cedera di pergelangan tangan sempat melarikan diri dan meminta bantuan.
"Premis itu terletak kira-kira 200 meter dari Balai Polis Permas Jaya. Anggota itu segera bertindak dan menembak seorang penyamun yang cuba melawan dengan menggunakan parang panjang," ujarnya.
Tambahnya, sebaik sahaja mengetahui seorang rakan mereka ditembak, kumpulan penyamun itu bertempiaran melarikan diri dan membuang parang di longkang berhampiran premis tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
henpon tertinggal, parang tertinggal....... memang kantoi la........... |
|
|
|
|
|
|
| |
|