CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7698|Reply: 0

Hafizh berlumba bersama Team Kagayama

[Copy link]
Post time 6-6-2024 09:55 AM | Show all posts |Read mode

Hafizh menjalani latihan menjelang perlumbaan pusingan ketiga ARRC di Motegi, Jepun. - Foto JDT Racing Team

KUALA LUMPUR: Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah bakal membuat penampilan bersama pasukan Team Kagayama pada saingan 8 Jam Suzuka yang dijadual berlangsung di Litar Suzuka dari 19 hingga 21 Julai ini.

Lebih menarik, pelumba berusia 30 tahun itu yang bakal beraksi di Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia di Litar Motegi, Jepun pada hujung minggu ini akan mewakili Team Kagayama yang mewakili pasukan pengeluar utama Ducati pada perlumbaan endurance berkenaan.

Pengesahan itu dimaklumkan pasukan JDT Racing Team dalam satu hantaran di akaun X mereka.

"Ucapan terima kasih kepada pemilik kami Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor kerana membolehkan kolaborasi dan ujian tertutup bersama Team Kagayama, yang juga mewakili pengeluar Ducati untuk Perlumbaan Endurance 8 Jam Suzuka pada Julai ini.


"Menaiki jentera pengeluar Ducati V4R. Sungguh satu pengalaman!," kata pasukan berkenaan dalam hantarannya.

Hafizh yang menyertai saingan ARRC bersama JDT Racing Team pada tahun ini sudah mengumpul 45 mata dalam kelas Asia Superbike 1000cc (ASB1000) untuk berada di kedudukan ketiga keseluruhan menjelang perlumbaan di Motegi, hujung minggu ini.

Setakat dua pusingan lalu di Thailand dan China, Hafizh sudah membuktikan prestasinya bersama jentera Ducati Panigale V4R dengan meraih dua penamat di podium.

Kali pertama adalah di Perlumbaan 2 Pusingan 1 di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand pada pertengahan Mac lalu yang menyaksikan dia menamatkan saingan di tempat kedua di belakang pelumba Honda Asia-Dream Racing with Astemo, Andi Farid Izdihar.

Momentum itu kemudian di bawa Hafizh ke Perlumbaan 1 Pusingan 2 di Litar Antarabangsa Zhuhai, China pada April lalu apabila menemui garisan penamat selaku pemenang.
https://www.bharian.com.my/sukan ... rsama-team-kagayama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.175733 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list