CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2403|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kejadian jiran bergaduh guna parang dan kayu, polis buka kertas siasatan

[Copy link]
Post time 5-6-2024 02:51 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video tular menunjukkan pergaduhan dua individu menggunakan parang dan kayu. FOTO tular

Georgetown: Polis sudah membuka dua kertas siasatan berhubung kes pergaduhan menggunakan parang dan kayu membabitkan dua individu berjiran di perkampungan di Jalan Perak, Jelutong di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, mereka yang sudah ditahan dibebaskan dengan jaminan polis kerana masih menerima rawatan.

"Dua kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera menggunakan senjata.

"Kedua-dua individu itu juga tidak berada di bawah pengaruh dadah dan tidak mempunyai rekod lampau.


"Setakat ini tiada senjata yang dirampas dan ia adalah kejadian pertama kali berlaku," katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan mengenai kejadian pergaduhan dua individu berjiran yang berlaku pada jam 11.30 pagi Isnin lalu dan tular di media sosial.

Kejadian dipercayai berpunca daripada tidak puas hati kerana kereta e-hailing yang menghalang laluan di rumah berkenaan.

Kedua-duanya yang berusia 55 dan 58 tahun itu ditahan sebaik laporan polis dibuat sejurus kejadian.

Sehubungan itu, Razlam berkata, orang ramai dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan berhenti menyebar rakaman video berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... buka-kertas-siasata

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.125247 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list