CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2419|Reply: 0

[Selangor] Rider konvoi didakwa salah guna ‘kuda putih’ polis lelong

[Copy link]
Post time 5-6-2024 02:42 PM | Show all posts |Read mode

Foto motosikal lelong polis jenis Honda CBX750 yang dimuat naik Wan di Facebook, hari ini.

PETALING JAYA – Sekumpulan penunggang yang menaiki motosikal jenis Honda CBX750 didakwa mempamerkan lagak samseng dan menyalahgunakan kenderaan tersebut.

Difahamkan, motosikal itu yang popular dengan gelaran ‘kuda putih’ merupakan kenderaan digunakan oleh anggota polis trafik yang dilelongkan kepada orang awam.

Menurut Wan Ahmad, dia mendakwa segelintir pemilik menyalahgunakan kenderaan itu ketika terserempak dengan sebuah kumpulan yang menunggang motosikal tersebut dalam perjalanan dari Terengganu ke Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Di setiap lampu isyarat (merah), mereka dengan angkuh membunyikan siren polis serta menghalang jalan untuk memberi laluan kepada kumpulan mereka.

“Lebih teruk, mereka memaki pengguna jalan raya lain jika tidak memberikan mereka laluan ibarat mereka ini seperti pengiring orang kenamaan (VIP),” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Wan berkata, mereka juga berlagak seperti anggota sekali gus menyalahgunakan kenderaan yang pernah digunakan oleh pasukan polis trafik.

Justeru, Wan menasihatkan agar penunggang yang berkonvoi untuk menjaga tingkah laku dan kelakukan demi imej penunggang yang lain.

“Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Jangan kerana seekor kerbau, habis terpalit seluruh kampung dengan lumpur,” jelasnya.

Bagaimanapun, kata Wan, dia tidak sempat mengambil sebarang rakaman video berhubung kejadian di atas faktor keselamatan.

Dalam pada itu, rata-rata turut mengecam tindakan tersebut kerana dikhuatiri menjejaskan peminat kenderaan berkenaan dan penunggang lain yang ingin berkonvoi.

“Dia akan jadi isu besar. Nanti kenderaan ini tak boleh dilelong kepada orang awam. Kesian peminat motosikal ini yang dah lama simpan niat untuk beli sebagai koleksi,” kata Ammar.

“Ramai kawan-kawan CBX750 saya pun konvoi. Disebabkan segelintir, terpalit semua rakan yang lain,” jelas Aimpro.

“Dalam gambar ini, dia pasang lampu biru dan siren itu pun dah terang-terang salah. Tak perlu video pun. Seeloknya skema warna itu pun tak dibenarkan untuk tiru kenderaan rasmi pihak berkuasa,” ujar Trojan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... putih-polis-lelong/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22400 Replies : 5
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21222 Replies : 13
travel infromation
akku787ddtravel infromation
Views : 1213 Replies : 0
travel
akku787ddtravel
Views : 1718 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44811 Replies : 673
KWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Kemaruk-TaikkKWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Views : 9287 Replies : 1
'Tiada siapa pun di Malaysia minta Jho Low kembali'
Highflyer19'Tiada siapa pun di Malaysia minta J
Views : 2317 Replies : 22
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku. 1,700 mangsa penyelewengan pelaburan diuruskan 'Tan Sri'
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 77668 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.035998 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list