CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24494|Reply: 0

[Pulau Pinang] Padah buat aksi 'superman', polis tahan tiga mat rempit

[Copy link]
Post time 1-6-2024 07:13 PM | Show all posts |Read mode
Padah buat aksi 'superman', polis tahan tiga mat rempit

01 Jun 2024 06:24pm








Tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini pada Sabtu. Foto Facebook PDRM Pulau Pinang




BUTTERWORTH - Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini pada Sabtu.

Polis Pulau Pinang dalam hantaran di Facebooknya memaklumkan tiga penunggang motosikal berusia 17 hingga 21 tahun itu ditahan dan kes mereka disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



"Semasa operasi itu, pihak polis mendapati kumpulan motosikal tersebut melakukan aksi bersaing sesama sendiri, meniarap seperti 'superman', zig-zag dan melawan arus yang mana aksi tersebut membahayakan kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.



Polis turut menyita tiga buah motosikal mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Foto Facebook PDRM Pulau Pinang




"Operasi itu dijalankan oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPK Pulau Pinang bermula jam 1 pagi hingga 6 pagi di kawasan tumpuan kumpulan mat rempit atau samseng jalanan berlumba," menurut hantaran tersebut.



Dalam operasi itu, polis turut menyita tiga buah motosikal mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mengeluarkan sebanyak 21 saman kerana pelbagai kesalahan jalan raya. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.043321 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list