CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1549|Reply: 10

RM42b harta dibeku

[Copy link]
Post time 31-3-2011 08:09 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA 30 Mac – Nilai harta pusaka yang dibekukan berikutan kes gagal diselesaikan pewaris kerana tiada wasiat kini dianggar mencecah RM42 bilion.
Ketua Pegawai Pemasaran Amanah Raya Bhd. (ARB), Ahmad Saruji berkata, anggaran itu meliputi kira-kira sejuta kes di negara ini.
Katanya, kajian ARB pula mendapati hanya dua peratus rakyat Malaysia menulis wasiat yang membolehkan segala maklumat harta didaftarkan, sekali gus memudahkan urusan pembahagian.
Beliau berkata, bagi membudayakan penulisan wasiat di kalangan masyarakat, ARB dengan kerjasama syarikat pengurusan harta pusaka Islam, Warisan Mukmin Sdn. Bhd. melancarkan kempen Tahun Menulis Wasiat 2011.
“Kami tidak mahu masalah ini bertambah lagi. Kempen ini akan diadakan sepanjang tahun di seluruh negara untuk menyampaikan mesej kepentingan menulis wasiat sekali gus mengelakkan masalah lain yang timbul terutamanya keretakan institusi kekeluargaan,” katanya di sini hari ini.
Sempena kempen tersebut, katanya, orang ramai boleh memiliki dokumen wasiat bagi menguruskan harta pusaka bernilai ribuan ringgit dengan hanya melibatkan kos permulaan serendah RM30 sebulan serta bayaran bulanan yang fleksibel.
Kempen tersebut yang bermula dari Januari hingga Disember tahun ini adalah untuk memudahkan masyarakat membuat wasiat, sekali gus mengelakkan pembekuan harta dan perbalahan keluarga.
Sementara itu Pengerusi Warisan Mukmin, Datuk Mohd. Nahwari Hashim berkata, syarikat itu menyasarkan pendaftaran 5,000 wasiat sehingga akhir tahun ini. – BERNAMA

credit: utusan malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2011 08:10 AM | Show all posts
wow 42 billion. banyak betul harta nenek moyang ni yer.
tapi tak leh buat apa, tgk je lah!
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 08:43 AM | Show all posts
org melayu biasalaa tang wat wasiat ni mmg malas..buang duit katanya...benda camni leh wat gado adik beradik dek berebut harta :re:
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 09:00 AM | Show all posts
nasib aku bukan orang yang berharta...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 09:19 AM | Show all posts
kalau takder org tuntut sampai ke sudah apa dorang buat dgn harta tu ek????
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 09:30 AM | Show all posts
kerajaan takmo ke buat fatwa baru, kata yang negara sedang darurat takdak duit... so nak tanak kena gunakan segala sumber yg ada termasuklah 'pinjam' duit pusaka tak dituntut ni.

bukan sikit2 tu... 42b tu...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2011 09:36 AM | Show all posts
orang Islam ingat...bila aku mati...harta diagih ikut faraid.... itu memang betul sebab kalau tak de wasiat... langkah terakhir pengagihan harta adalah pemberian mengikut faraid... walaubagaimanapaun.... harta tidak boleh agihkan kerana pentadbir tidak dilantik dan harta terbeku... sekiranya ada wasiat, maka pentadbir (wasi) terlantik dan harta bole diagih...

kesimpulan: buat wasiat...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 10:00 AM | Show all posts
bila dlm bab harta tidak ada toleransi terpaksa la gunapakai faraid
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2011 10:40 AM | Show all posts
ARB pun kuat makan duit jugak....bayar cas sekali hanya 2kali pertukaran jer offer pree...bila dah byk kali pertukaran...setiap perkataan kena cas...mana laaa rakyat nak daftar ke ARB... process paling bongoks sekali...buatnyer org kg takde duit walaupun harta tanah seluas padang bola still tak mampu nak byr duit kemudahan ARB.... tolong revise balik wahai BNM
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 10:41 AM | Show all posts
tgok sikit sampel wasiat...sape ade?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 11:32 AM | Show all posts
bila dlm bab harta tidak ada toleransi terpaksa la gunapakai faraid
R2D2 Post at 31-3-2011 10:00



saya rasa staement ini kurang tepat...

harta boleh diagihkan secara wasiat tanpa mengikut faraid... sekiranya dipersetujuai oleh waris... wasiat terpakai... sekiranya tidak dipersetujui, maka tertakluk kepada faraid... contoh

anak angkat bukan pewaris... kalau mengikut faraid... anak angkat tidak mendapat sebarang harta pusaka... namun sekiranya simati berwasiat supaya pusakanya diagihkan kepada angkat sebanyak 1/2 bahagian... sedangkan hanya 1/3 sahaja yang boleh diwasiatkan kepada bukan waris,... sekiranya waris bersetuju...maka 1/2 harta boleh diberi kepada anak angkat (dengan persetujuan waris) tetapi sekiranya waris menentang (tidak setuju) maka anak angkat berhak mendapat pusaka tertakluk kepada 1/3 sahaja kerana 1/3 adalah bahagian yang dibenarkan...

itu yang saya belajar lah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.064421 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list