CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2779|Reply: 0

[Pulau Pinang] Warga Bangladesh rasuah polis RM249 didenda RM10,000, sebulan penjara

[Copy link]
Post time 29-5-2024 03:32 PM | Show all posts |Read mode

MD Sabber Rahman (tengah) diiringi anggota SPRM di bawa di Mahkamah Butterworth atas kesalahan menawarkan rasuah berjumlah RM249 terhadap seorang anggota polis, Januari lalu. FOTO Danial Saad

Butterworth: Warga Bangladesh dihukum penjara sebulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menawarkan rasuah RM249 terhadap anggota polis, Januari lalu.

Operator kilang, Md Sabber Rahman, 45, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dan fakta kes dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menawarkan suapan wang tunai RM249 kepada seorang anggota polis berpangkat lans koperal sebagai dorongan tidak mengenakan tindakan undang-undang terhadapnya berikutan tidak memiliki lesen memandu dan pasport tamat tempoh.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Balai Polis Machang Bubok, Bukit Mertajam dalam daerah Seberang Perai Tengah, jam 7.20 malam pada 9 Januari 2024.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun, didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Afiqa Liyana Rozman dan Noor Azura Zulkiflee manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah turut menetapkan sekiranya tertuduh gagal membayar denda itu hukuman penjara dinaikkan kepada tiga bulan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 000-sebulan-penjara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.038367 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list