CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6559|Reply: 0

Pan-gon akui Harimau Malaya terjejas

[Copy link]
Post time 29-5-2024 09:40 AM | Show all posts |Read mode

PAN-GON perlu mencongak strategi terbaik untuk menyediakan pasukan yang mantap selepas kehilangan beberapa pemain tonggak. - FB FAM

KETUA Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon pening kepala memikirkan skuad kendaliannya bakal ‘hilang taring’ menjelang dua aksi penting kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan pada Jun depan.

Sebagai rekod, skuad negara terpaksa melupakan khidmat empat pemain utama di posisi serangan seperti Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim, Romel Morales dan Syafiq Ahmad ekoran kecederaan.

Menurut Pan-gon, ketiadaan nama-nama besar terbabit sudah tentu menjejaskan sedikit perancangan yang sudah diatur, tetapi dalam masa yang sama berharap pemain lain sedia untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

“Ini adalah situasi yang sukar buat barisan kejurulatihan apabila kita terpaksa melupakan khidmat Faisal yang menjalani pemulihan manakala Arif Aiman, Syafiq dan Romel mengalami kecederaan.

“Pada hari ini (kelmarin) juga kita lihat Darren Lok seperti mengalami kecederaan dan keadaanya sedang dipantau. Sudah tentu ia menjejaskan perancangan pasukan khususnya jentera serangan apabila kehilangan pemain-pemain penting,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Mengulas lanjut, Pan-gon mengambil pendekatan positif dengan meletakkan harapan tinggi kepada muka-muka baharu untuk memastikan pasukan lebih bersedia untuk mengharungi dua perlawanan getir itu.

“Namun, kita tidak boleh menyerah kalah kerana kita ada pemain-pemain pengganti yang berkualiti. Kita akan cuba aturkan strategi terbaik serta kekal positif. Harap semua pemain dapat berjuang demi nama Malaysia nanti,” kata pengendali import dari Korea Selatan itu.

Skuad negara kini berdepan misi mustahil apabila menduduki tangga ketiga Kumpulan D saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 selepas tewas dua kali kepada Oman pada Mac lepas.
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... au-malaya-terjejas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.327458 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list