CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4117|Reply: 0

Harimau Malaya terus dirundung malang, Darren pula disisihkan

[Copy link]
Post time 28-5-2024 04:54 PM | Show all posts |Read mode

Darren terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan hamstring.

KUALA LUMPUR: Selepas kehilangan Syafiq Ahmad, skuad Harimau Malaya terus berdepan nasib malang selepas seorang lagi penyerang, Darren Lok terpaksa diketepikan susulan kecederaan hamstring.

Perkembangan itu disahkan jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon dan Pan Gon memanggil pemain sayap Kuching City FC, Nur Shamie Izsuan Amin bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Darren itu.

"Nur Shamie Iszuan Amin yang sebelum ini berada dalam Senarai Bersedia dipanggil melapor diri ke kem latihan pasukan kebangsaan bermula hari ini bagi menghadapi dua perlawanan Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan pada 6 Jun dan Taiwan, 11 Jun.

"Shamie, 29, menggantikan Darren Lok dari Sabah FC yang hadir melapor diri, semalam tetapi terpaksa dilepaskan, hari ini selepas pemeriksaan doktor mengesahkan terdapat kecederaan hamstring.


"Semoga Darren cepat kembali sembuh dan seterusnya dapat dipanggil lagi pada kem latihan pusat Harimau Malaya yang akan datang," kata Pan Gon.

Sebelum ini, skuad kebangsaan sudahpun kehilangan tiga tonggak yang tidak boleh dipanggil susulan kecederaan iaitu Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi dan juga Romel Morales.

Sebagai rekod, skuad negara akan bertanding ke Bishkek terlebih dahulu sebelum pulang bagi perlawanan keenam berdepan Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun.

Dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 selain meraih slot automatik ke Piala Asia 2027.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ren-pula-disisihkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.031695 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list