PUTRAJAYA – Seramai 11,713 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran berbanding 10,109 calon pada tahun 2022.
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, pencapaian calon SPM pada 2023 adalah lebih baik apabila merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 4.60 berbanding 4.74 pada tahun sebelumnya.
Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.
Seramai 373,525 calon menduduki SPM 2023.
“Seramai 83,112 calon SPM 2023 pula merekodkan pencapaian kepujian iaitu sekurang-kurangnya gred C untuk semua mata pelajaran.
“Manakala 131,489 calon lulus sekurang-kurangnya gred E bagi semua mata pelajaran,” katanya pada pengunuman analisis keputusan peperiksaan SPM 2023.
Sementara itu, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan SPM 2023 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi ini.
Manakala calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri.
Post time 27-5-2024 12:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by antikorok at 27-5-2024 03:07 PM
Tahniah kepada yang dapat semua A
Bukan senang tau, terutama subjek Sains Tulen: Fizik, Kimia, Biologi serta Matematik Tambahan. Daku respek sangat2 yang dapat skor A untuk semua subjek ni.
Btw, yang dapat semua A+ ada data tak?
Bijak otak bergeliga yang amat kalau dapat semua A+
iols suka tunggu ranking sekolah terbaik, masa tahun 1998 sekolah iols dapat sekolah terbaik iya masa tu tak silap acik najib datang naik helikopter buat pengumuman tapi weols tak boleh keluar kelas pegi tengok
dalam kebanjiran influencer, kebimbangan orang ramai akan budak2 ni tentang pentingnya pendidikan, bkn target semata2 nk jd influencer tanpa perlu sekolah sungguh2,
terbukti masih ramai gen Z yg betul2 fokus untuk study dan berjaya
tahniah semua ye
teruskan usaha dan buktikan korang2 lebih jauh berjaya berbanding influencer2 merapu tu semua
Post time 27-5-2024 01:49 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Anak Buah aku tgh protest sebab dapat 6A+-, 4B+. Sebab antara B+ tu paper BM yg dia selalu dpt A+. Maybe nk check balik result. Tapi tu lah, katanya 1 paper rm100 klu nk check balik.
Post time 27-5-2024 01:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ramai yang pandai2 tapi tu la..... pakai toilet pastu tak flush. Buang sampah merata-rata. Bawa kereta/motor pun sambil lewa sampai menyusahkan orang dll