View: 14145|Reply: 61
|
Pengalaman-Pengalaman Aneh di Kuala Lumpur
[Copy link]
|
|
Aku mencari rezeki buat bisnes online delivery lunchbox sejak 2021. Awalnya, memang sendu tapi lepas beberapa bulan gigih promote dekat sosial media, bertambahlah juga order. Bila dah bertambah order, penyediaan bahan mentah pun semakin banyak. Pergi pasar seawal pukul 5 pagi dah jadi rutin harian sejak bulan Mac tahun lepas.
Pasar yang aku pergi tiap-tiap pagi adalah pasar Jalan Raja Alang. Dari rumah ke pasar, biasanya aku ikut Jalan Tun Ismail dimana aku ambil ramp sebelah SMK Maxwell dari Jalan Tun Razak tu.
Sesiapa biasa dengan kawasan PWTC, korang akan tahu ramp yang aku maksudkan. Semak tebal di atas tebing menambah lagi kepada kegelapan kawasan tu seawal pukul 7 petang.
Kalau petang-petang pun dah gelap apa lagi awal pagi. Tiap-tiap pagi aku melewati ramp dengan tingkap kereta terbuka semua sebab aku smoking, tak ada masalah.
Hinggalah bulan lepas, hari Khamis. Seperti biasa, aku tiba di ramp sekitar pukul 5 setengah pagi. Masa naik curve, lampu kereta menyuluh susuk tubuh seseorang sedang jalan kali di laluan pejalan kaki di sebelah kanan.
Aku agak terkejut tapi tak adalah rasa seram. Sebabnya, susuk itu pakai baju kurung lusuh dengan kain batik berbalut di kepala, senang cakap, macam makcik-makcik pesawah padi. Pergerakannya perlahan dan seakan membongkok.
Waku itu aku anggap, orang tua gelandangan yang terlebih merayau di luar kawasan. Agak logik kerana kawasan Chow Kit memang tempat gelandangan melepak. Tapi cuma agak aneh kerana pertama kali melihat gelandangan merayau pagi-pagi buta.
Aku sangat curious. Aku perlahankan kereta untuk lihat lebih jelas. Nampaklah muka orang tua. Makcik itu tak pedulikan aku dan masa nak meneruskan perjalanan ke pasar, makcik itu kemudiannya mendaki tebing dan hilang dalam semak.
Blur aku sampai aku berhenti di tengah ramp. Aku tengok je semak-semak, cari makcik tadi. Bulu tengkuk meremang dan tiba-tiba je aku rasa seram sejuk. Aku pecut kereta pergi ke pasar dan hari aku berjalan seperti biasa. Aku tak jumpa dah makcik tu pada hari-hari berikutnya dan setiap kali aku melewati ramp, mesti slowkan kereta, mana tahu terserempak lagi.
Pengalaman kedua berlaku pada awal tahun ini, bulan Januari. Aku buat delivery ke salah satu kondo kawasan belakang KLCC dan dari rumah, aku lalu Jalan Sultan Ismail.
Kemudian masuk Jalan Ampang. Seingat aku, waktu lebih kurang Maghrib. Cuma pelik sebab masa aku di Jalan Ampang, jalan yang menuju ke arah KLCC tu kosong. Antara jalan paling sibuk dalam KL, boleh kosong, sepi walaupun laluan sebelah sibuk macam biasa.
Di sepanjang Jalan Ampang, ada sekolah tinggal. Sekolah cina tak salah aku. Tepi jalan dari depan sekolah ada pokok banyan. Aku tengok ada sekumpulan orang mengerumuni pokok tersebut. Semakin dekat, aku buka tingkap untuk bertanya. Aku syak ada kemalangan motor kerana banyak motor parking berselerakan. Mana tahu perlu pertolongan untuk hantar ke hospital, boleh je aku hantar ke ER Prince Court.
"Bang, ada hantu" kata salah seorang yang masih berhelmet.
Aku tanya lagi tapi tak jelas jawapannya. Lepas itu semua disana terjerit-jerit "ha ada tu! ada tu!". Mamat yang berborak dengan aku tadi, pantas tinggalkan tingkap kereta dan arah handphone ke arah puncak pokok. Aku pula dilema, aku curious gila nak tahu tapi kena buat delivery pula. Aku tertoleh-tertoleh cuba lihat apa yang dilihat mereka.
Aku benar-benar terdengar ada suara orang meraung. Kalau nak diterangkan, meraung itu seperti orang betul-betul sedih macam situasi ibubapa melihat mayat anak mati lemas baru ditemui, macam itulah. Meraung sampai melolong-lolong. Orang-orang disana semakin excited. Aku memang dah nekad nak keluar kereta untuk join.
Baru nak matikan enjin, cahaya terang memenuhi cermin rearview. Siot betul. Sebelum kena hon, baik aku blah.
Settlekan delivery dan bergegas semula ke tempat kejadian. Bila aku sampai semula, dah sepi pula area pokok tu. Aku ingat nak park dimana-mana dan usha area pokok itu sendiri. Tapi tak jadi lepas parking semua berbayar.
Pengalaman ketiga, bulan Febuari. Aku terima order buffet untuk 20 pax. Delivery ke salah satu kondo mewah di Mont Kiara. Jumaat malam Sabtu, aku menuju ke tempat pelanggan, membawa seperiuk nasi dan beberapa mangkuk berisi lauk-pauk. Pelanggan minta aku hantar terus ke rumahnya dan aku setuju kerana dia bayar lebih.
Pendek cerita, aku bawa separuh order dia dulu ke rumahnya, bertemankan security guard Nepal. Pintu dibuka, dan seorang wanita separuh abad berselubung telekung putih menyambut aku. Apa yang agak pelik, dia tak jawab salam aku. Oklah, mungkin dia atau aku yang tak dengar.
Wajahnya agak masam, mungkin bengang aku ganggu sesi pengajiannya ke apa, tapi dia juga yang minta delivery ikut timing sebegitu. Aku disuruh untuk meletakkan makanan di meja makan. Rumahnya malap, dipasang lampu merah. Bau kemenyan(?)/colok(?) begitu kuat sehingga pedih hidung. Di ruang tamu, aku nampak sekumpulan bertelekung putih membelakangi aku. Posisinya bukan memanjang seperti saf solat berjemaah, tapi mengerumuni sesuatu di lantai.
Trip kedua, aku lihat orang-orang di ruang tamu tadi dah bersujud, sekali lagi bukan dalam keadaan bersolat, tapi mengarah ke arah sesuatu di lantai. Aku cuma nampak objek hitam seperti balang. Bukan niat nak fitnah, tapi aku yakin posisi sujud orang-orang itu, seolah menyembah balang hitam tersebut.
Semasa didapur untuk ganti periuk. Aku berborak dengan pembantu rumah Indonesia yang membantu aku. Aku cuba tanya, boss dia tu buat apa di ruang tamu?
"Gatau pak, sholawat-sholawat gitu"
Aku nampak kerisauan di wajah bibik, jadi aku tak tanya lebih-lebih. Nanti kena bambu pula dengan bos dia. Bila dah settle, aku bersiap untuk bawa periuk mangkuk aku untuk pulang. Waktu menuju ke pintu rumah, nampak orang-orang tadi sudah duduk di lantai sambil terhoyong-hayang kiri kanan. Memang seram lah time tu.
Aku mengaku bukanlah arif tentang agama, tapi amalan yang aku lihat di rumah pelanggan, bukan sesuatu normal dalam Islam. Boleh jadi, ada amalan-amalan spesifik yang aku tak tahu disebabkan pengetahuan cetek aku mengenai agama.
Begitulah pengalaman-pengalaman aku. Mungkin ada sesiapa mempunyai pengalaman yang sama.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman yang menarik. Jalan penceritaan pun jelas. Memang ada bakat jadi penulis ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ada cerita dah. Itu saje yang aku pernah experienced. Sekadar berkongsi dan mencari kalau ada geng-geng pernah melalui pengalaman lebih kurang sama di KL.
Kadang-kadang aku rasa tempat-tempat yang tak disangka-sangka di KL ini lah sering terjadi penampakan. Angker ni bukan melibatkan kejadian paranormal je, boleh juga terjadi dengan orang hidup haha. Macam kes aku di Mont Kiara tu. Sampai sekarang teringat-ingat lagi makcik tu dengan 'kawan-kawan' dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Best cara awak bercerita.
Saya pun pernah experience dengan nenek yang pakai kain batik kat kepala. Kisah tu sekitar 2017 gitu.
Masa tu saya nak buang sampah. Malam, hampir pukul 9. Biasa la rumah teres tempat sampah kat depan rumah. Selepas tutup pintu ruang sampah, terdengar sosek-sosek macam daun bergeser. Saya berdiri tegak, ternampaklah perempuan tua berkain batik kat kepala di tepi pokok pandan depan rumah.
Terus speechless. Dia macam menoleh ke arah saya tapi posisi kepala menunduk. Jadi tak nampaklah mukanya.
Selepas beberapa hari saya berborak dengan jiran sebelah baru balik kerja. Lama tak nampak walau duduk sebelah. Rupanya orang sebelah ni hilang pergi berubat. Katanya ada orang tua nak jadi pendamping anaknya. Banyak tempat dibawa berubat. Akhirnya serasi dengan 1 tempat tu.
Mungkinkah ketika saya nampak tu, orang tua tu sedang mengintai orang yang dia target untuk didampingi?
Nasib saya tak memenuhi kriteria dia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jadi hantu jembalang ni boleh tukar uniform lah eh?
Salah satu sebab kenapa aku yakin nenek tu bukan hantu (masa tu lah) kerana tak pakai baju putih dengan rambut panjang mengurai tu. Bila nampak tiba-tiba dia pusing kanan, panjat bukit terus masuk dalam semak-semak, aku syak bukan orang, walaupun tak mustahil orang pun boleh buat macam tu.
Masa naik bukit tu bertenaga betul. Macam orang muda, dan dia panjat bukit tu dengan dua langkah je. Bila diingat semula, panjang betul kaki nenek tu.
Damn.
|
|
|
|
|
|
|
|
seram nyerrr yg kat mont kiara tu
buat amalan khurafat ke utk kekal kaya? |
|
|
|
|
|
|
|
namaakusapik replied at 23-5-2024 05:12 PM
Jadi hantu jembalang ni boleh tukar uniform lah eh?
Salah satu sebab kenapa aku yakin nenek tu b ...
Ada jenisnya kot.
Macam yang ni, nenek kebayan sebab masa berubat tu 'nenek' tu ada mention, "bdk² tu yang panggil"
Bila jiran ni fikir²...ooohhh memang ada pasang lagu didi & friends lagu nenek² si bongkok 3.
Kalau ikut kan memang nak gelak. Tapi bila tengokkan anak jiran yg diaim tu, masa dia belum pulih lagi...memang kesian & terpaksa percaya la benda² ni wujud.
Lagipun mata ni sendiri dah pernah nampak |
|
|
|
|
|
|
|
bellaa replied at 23-5-2024 05:53 PM
seram nyerrr yg kat mont kiara tu
buat amalan khurafat ke utk kekal kaya?
Kalau kaya rupa ituuuu hmmmmm.
Kesian kat bibik ye. Mesti serba salah & ketakutan |
|
|
|
|
|
|
|
yg cerita ke3 tu seram kalau iols mau tgl gitu je makanan takde dah nak masuk dapur pelbagai.
org kayap pun percaya amalan2 pelik ya
ajaran sesat kot dop |
|
|
|
|
|
|
|
mak oi org skrg jumpa antu siap kerumun pokok
camni gaya antu pun takut nak buat show |
|
|
|
|
|
|
|
Seramnya yg dekat mont kiara tu dah la iols selalu main area sana.. Sana area expatriates dgn org T20 jer mampoo dok sana.. maybe tu ritual utk kekal kaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah menyembah nyembah roper itu, sahla khurafat. Nauzubillah hi min zalik.
Ni syikin utk kekal kaya n berjaya. |
|
|
|
|
|
|
|
semua cerita menarik. dasyat yg mont kiara tu. kalau aku tobat tak tunggu dah, nak tanya pun memang tak laa |
|
|
|
|
|
|
|
buffet 20pax ke mont kiara tu lauk apa je yg diorg oder tu |
|
|
|
|
|
|
|
Scary nya. Yang kes di mont kiara tu dah macam dalam movie hantu indo pulaks |
|
|
|
|
|
|
|
teringat video tiktok pasal cerita apa tah yang anak dia balik obesi tetiba jadi alim pakai jubah hitam je tu.
kalau aku kat situasi tt tu. langkah seribu tinggal periuk |
|
|
|
|
|
|
|
pnh hntr barang kt area cyberjaya...waktu hampir pukul 7 malam ye
drive sambil duk tgk arah dlm maps
sekali exit nk masuk ke lokasi tu btl2 tepi jalan besar, xde mcm selekoh ke signboard ape
then iols pun konpiden masuk
sekali jln die...berlobang2, jln tak bertar, lopak2 kecil yg agak dlm, jln pasir putih + tanah
tgk dlm maps mmg btl die tunjuk arah tu
so konpiden je sbb sblm ni ms raya haji pnh balik guna maps lalu kebun sawit jln pasir putih alhamdulillah selamat
so lalu2 sekali belah dalam tu hutan kiri kanan
tp nmpk la jalan tu ada lorong2 jgk
smpi lah ke lorong yg maps tu tunjuk
so folo masuk
xlama lps tu nmpk banglo besar sblh kanan jalan
ke dalam sikit tiba nmpk ade beberapa org kt tepi jalan
yg meniaga sayur kg, pisang... yg duk lepak warung
dr segi gaya, cara berpakaian dan rupa, agk konfiden they alls semua tu Rohingya!
damn!!...penempatan rohingya kt dlm cyber
ada beberapa rumah papan yg nmpk dorg kt area rmh tu jgk
btw rmh tmpt iol hntr barang tu jgk sebuah rmh banglo
dr lokasi tu nmpk beberapa buah lg kt dpn
so iols assume tu penempatan baru, tanah lot, yg belum btl2 dibangunkan lagi
jalan tar pun takde ye
x leh imagine klu takat bwk kete2 kecik nk kena lalu hari2 nk commute keluar-masuk area tu
ok, sorry bukan cerita seram
tp perasaan iols masa masuk mmg seram gile weh
dgn hutan kiri kanan, jln serupa itu despite berada di cyberjaya
seriously what an isolate place ya that area
...until i saw the rohingyans
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
story ke3 tu mcm pernah tgk video....tp x ingat kt utube ke atau fb ke...ada 1 rumah buat ritual mcm tu jugak...dgn lampu merah...mmg kisah benar... |
|
|
|
|
|
|
| |
|