CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7373|Reply: 0

[Kedah] Simpan rapi rangka wau usia lebih setengah abad

[Copy link]
Post time 23-5-2024 09:54 AM | Show all posts |Read mode
Simpan rapi rangka wau usia lebih setengah abad

OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

23 Mei 2024 08:50am








Che Mat (kiri) cukup teliti dalam penjagaan rangka wau milik arwah bapanya.




SIK - Rasa sayang dan cintakan seni warisan mendorong seorang penoreh getah dari Kampung Lubuk Tualang di sini masih memelihara rangka wau helang milik arwah bapa yang berusia lebih setengah abad.

Mohamad Wahab, 38, berkata, arwah bapanya, Wahab Itam sangat menitik beratkan penjagaan wau berkenaan yang dianggap unik serta antara wau terbaik yang pernah dimiliki sepanjang hayatnya.



Mohamad yang lebih dikenali sebagai Che Mat berkata, sejak kematian bapa pada 2007, dia tidak pernah menerbangkan wau berkenaan kerana bimbang keadaan fizikalnya.
"Ada juga yang nak pinjam, namun saya tolak kerana risau rosak selain mahu memastikan rangka wau ini terus kekal terpelihara," katanya.


Jelasnya, wau berkenaan pernah digunakan untuk bertanding ke beberapa negeri termasuk Kelantan sebelum diserahkan kepada bapanya pada awal tahun 80-an.


Rangka wau yang didakwa berusia mencecah 50 tahun masih dalam keadaan baik dalam simpanan Che Mat.




"Wau ini dihasilkan oleh pakar pembuat wau yang dikenali sebagai Pakwa Che Wali, dulu ramai orang belajar daripadanya untuk membuat pelbagai jenis wau.

"Rangka wau ini diperbuat daripada buluh hutan yang membuatkan sifatnya lebih tahan lasak dan kukuh, bagaimanapun untuk menjaganya perlu menyapu minyak dan melayur api bagi memastikan ia tidak 'ditebuk' serangga," katanya.




Che Mat berkata, panjang rangka wau pada bahagian sayap kira-kira dua meter dibuat dengan saiz besar untuk memberi kepuasan kepada pemain.

"Perbezaan wau dulu diraut dengan teliti bagi memastikan keseimbangan apabila diterbangkan, dalam bahasa wau kita akan kata wau ini lebih jinak apabila dimainkan.

"Bunyi wau ini juga lebih nyaring apabila diterbangkan, ia berbeza dengan pembuat wau yang kurang mahir, wau akan nampak lebih 'liar' dan bunyinya juga lain apabila diterbangkan," katanya.






Saiz rangka wau yang besar memberi kepuasan kepada pemainnya.




Selain itu, Abdul Wahab Che Amin, 58, berkata, pernah menjadi saksi penyerahan wau berkenaan kepada bapa Che Mat yang juga gemar bermain dan aktif menyertai pertandingan wau sekitar tahun 80 dan 90-an.

Abdul Wahab juga merupakan anak murid Pakwa Che Wali menjelaskan, banyak menghabiskan masa lapang pada waktu remaja untuk belajar membuat dan bermain wau.
"Saya yakin jika rangka wau ini dijaga dengan teliti, ia dapat diwarisi hingga usianya mencecah 100 tahun walaupun kertas wau silih berganti.
"Usaha penyimpanan ini sangat baik sebagai panduan dan tatapan generasi akan datang," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.433780 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list