CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6076|Reply: 0

[Kelantan] Mangga Siam penuh serangga perosak tak lepas masuk pasaran negara

[Copy link]
Post time 21-5-2024 04:08 PM | Show all posts |Read mode

Pegawai penguat kuasa Maqis buah mangga import dari Thailand yang dipenuhi dengan serangga perosak. FOTO IHSAN MAQIS

RANTAU PANJANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya menghalang buah mangga import dari Thailand bernilai RM26,000 yang dipenuhi serangga perosak daripada masuk dan dijual di negara ini, minggu lalu.

Pengarah Maqis Kelantan, Syed Fuad Syed Putra berkata, kesemua mangga itu didapati mempunyai serangga perosak semasa pegawai penguat kuasa Maqis menjalankan pemeriksaan rutin di laluan kargo import Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati, buah-buah tersebut mempunyai serangga perosak yang disyaki merupakan spesies Mango pulp weevil (Sternochetus mangiferae).

“Rampasan itu bertujuan untuk menghalang dan mengawal kemasukan serangga perosak yang boleh melumpuhkan industri pertanian negara terutamanya industri tanaman mangga tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Syed Fuad memberitahu, pihaknya telah menahan kemasukan konsainan buah mangga itu daripada masuk ke negara ini.

“Langkah itu bagi menjamin setiap keluaran pertanian terbabit tiada perosak, penyakit, bahan cemar selain perlu mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 14, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) iaitu mengimport keluaran pertanian yang dipercayai mempunyai serangga perosak. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... suk-pasaran-negara/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22400 Replies : 5
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21222 Replies : 13
travel infromation
akku787ddtravel infromation
Views : 1213 Replies : 0
travel
akku787ddtravel
Views : 1718 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44811 Replies : 673
KWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Kemaruk-TaikkKWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Views : 9287 Replies : 1
'Tiada siapa pun di Malaysia minta Jho Low kembali'
Highflyer19'Tiada siapa pun di Malaysia minta J
Views : 2317 Replies : 22
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku. 1,700 mangsa penyelewengan pelaburan diuruskan 'Tan Sri'
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 77668 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.040166 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list