|
Tiga lelaki maut selepas lori yang mereka naiki terjatuh ke gaung di Lojing, Gua Musang pagi tadi. - Foto Bomba
GUA MUSANG: Tiga lelaki Orang Asli maut selepas lori simen yang mereka naiki terjatuh ke gaung di Kilometer (KM) 80 Jalan Gua Musang-Lojing, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 10.40 pagi, ketiga-tiga mangsa yang berusia 40-an maut di tempat kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Nor Azizi Che Noh, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian jam 10.40 pagi.
"Jentera sampai ke lokasi jam 12 tengah hari dan memulakan operasi mencari dan menyelamat di kawasan gaung yang dianggarkan sedalam 150 meter.
"Anggota bomba menggunakan tali untuk turun dan membawa naik ketiga-tiga mangsa dan operasi tamat jam 2.22 petang," katanya dihubungi, hari ini.
Lokasi kemalangan maut membabitkan lori simen di KM80 Jalan Gua Musang-Lojing. FOTO ihsan Bomba
Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian pada jam 2.20 petang.
"Mayat ketiga-tiga mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... tuh-gaung-di-lojing |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|