CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3385|Reply: 0

[Tempatan] Percikan api sedikit mampu cetuskan kebakaran di stesen minyak

[Copy link]
Post time 15-5-2024 01:47 PM | Show all posts |Read mode
Percikan api sedikit mampu cetuskan kebakaran di stesen minyak

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... n-di-stesen-minyak/

Oleh KOSMO!
15 Mei 2024, 1:35 pm


Tindakan sekumpulan individu ‘berkelah’ di sebuah stesen minyak di Genting Highlands mendapat kecaman orang ramai.

PETALING JAYA – Cukup dengan percikan api yang sedikit, kebakaran di stesen minyak dapat dicetuskan jika tidak dielakkan serta-merta.

Menurut hantaran Public Health Malaysia (PHM), percikan api merupakan komponen penting untuk mencetuskan kebakaran selain bahan api (petrol) dan oksigen.

Ujarnya, dengan penyingkiran salah satu komponen penting ini, risiko kejadian kebakaran di stesen minyak akan dapat dikurangkan.

“Satu-satunya elemen yang boleh dielakkan adalah percikan api. Wap petrol adalah lebih berat berbanding udara.

“Oleh itu ia akan berkumpul di bahagian bawah udara. Hanya percikan api yang sedikit dapat menyebabkan api merebak dengan pantas terutama di zon 0 dan zon 1.

“Di Malaysia, stesen petrol adalah hub tumpuan pengunjung untuk ke tandas, menggunakan surau, mengambil duit dan membeli belah. Sekiranya berlaku bencana kebakaran ramai mangsa yang akan terlibat dan akan terkorban,” tulisnya.



Poster yang dimuat naik di akaun Facebook PHM mengenai risiko kebakaran di stesen minyak.

Tambah PHM, orang ramai diminta berfikir dengan sebaiknya sebelum melakukan aktiviti berisiko di sekitar kawasan berisiko seperti di stesen minyak.

Terdahulu, tindakan sekumpulan individu ‘berkelah’ di sebuah stesen minyak di Genting Highlands mendapat kecaman orang ramai.

Menerusi sebuah video berdurasi satu minit dua saat yang tular di media sosial mendapati, beberapa individu bertindak melepak di stesen minyak tersebut sambil memasak mi segera.

Di dalam video itu turut kelihatan terdapat sebuah kereta peronda memasuki stesen berkenaan berikutan terdapat ramai individu berkumpul di stesen minyak tersebut. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.120779 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list