CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12630|Reply: 1

Tiada bukti berlaku pemindahan minyak Iran di luar pesisir Malaysia - Anwar

[Copy link]
Post time 14-5-2024 11:02 PM | Show all posts |Read mode




Doha: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada sebarang bukti menunjukkan berlakunya pemindahan dari kapal ke kapal membabitkan minyak Iran yang disekat di luar perairan Malaysia.

Beliau berkata demikian mengulas kebimbangan dibangkitkan Washington berhubung tindakan Iran yang didakwa menggunakan penyedia perkhidmatan Malaysia untuk memindah minyaknya.

"Tiada satu pun bukti menunjukkan berlakunya pemindahan kapal ke kapal... kita tak ada kapasiti untuk memantau atau mengawasi perkara itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi 'In Conversation With the Prime Minister of Malaysia' yang menjadi sebahagian pengisian DEF 2024, dikendalikan Ketua Koresponden Antarabangsa Asia Tenggara Bloomberg Television, Haslinda Amin sebagai moderator.

Terdahulu Haslinda membangkitkan mengenai kebimbangan Washington berhubung penyaluran dana dari Asia Tenggara kepada Hamas.

Minggu lalu, seorang pegawai kanan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) berkata negaranya melihat kapasiti Iran untuk memindahkan minyak bergantung pada penyedia perkhidmatan di Malaysia.

Pegawai itu juga berkata AS cuba menghalang Malaysia daripada menjadi tempat untuk Hamas mengumpul dana dan memindahkan wang.

Sebelum ini, dilaporkan AS percaya perairan Malaysia dan sekitar rantau Asia Tenggara digunakan sebagai lokasi untuk minyak Iran dijual kepada pembelinya menerusi urusan pemindahan minyak dari kapal ke kapal bagi mengelak sekatan dilakukan AS ke atas negara teluk itu.

Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut dilapor bertemu Setiausaha Perbendaharaan bagi Keganasan dan Perisikan Kewangan AS, Brian Nelson dan delegasinya pada 9 Mei lalu susulan perkara itu.

Saifuddin dilapor berkata, pihaknya mendengar pembentangan dan penjelasan dikemukakan Nelson mengenai dakwaan wujud aliran dana ke Iran dan proksinya, Hamas melalui sistem kewangan Malaysia itu dengan menganggapnya sebagai maklumat sebelah pihak.

Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2024 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
I love USA

Malaysia banyak persamaan dgn USA.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.048710 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list