View: 7255|Reply: 0
|
[Johor]
HSA siasat kejadian lelaki digigit anjing lewat dapat rawatan
[Copy link]
|
|
RAKAMAN tular lelaki yang cedera digigit anjing mendakwa lewat menerima rawatan di HSA. FOTO tular
Johor Bahru: Hospital Sultanah Aminah (HSA) menjalankan siasatan terhadap dakwaan seorang pesakit yang digigit anjing lewat mendapat rawatan di situ.
Pengarahnya, Dr Sal Atan berkata, kejadian berlaku jam 5.45 petang pada 8 Mei lalu, ketika lelaki berusia 33 tahun itu mendaftar di Kaunter Triage Jabatan Kecemasan dan Trauma HSA.
Katanya, pesakit itu datang bagi mendapatkan rawatan luka akibat gigitan anjing di bahagian paha kanan.
"Pengurusan HSA ingin memaklumkan bahawa siasatan menyeluruh dilakukan mengenai video yang tular menerusi TikTok dan Facebook berhubung dakwaan seorang pesakit yang tidak berpuas hati mengenai layanan dan perkhidmatan yang diterima di Jabatan Kecemasan dan Trauma.
"Hasil siasatan mendapati pesakit berkenaan hadir dengan surat rujukan selepas menerima rawatan awal di Klinik Kesihatan dan berdasarkan saringan awal, pesakit dikategori sebagai Kes Kecemasan Bukan Kritikal (Zon Hijau).
"Kebetulan pada masa sama, terdapat 78 pesakit sedang menunggu untuk menerima rawatan di Zon Hijau menyebabkan ada kelewatan dalam memberikan rawatan kepada pesakit.
"Pihak hospital sentiasa komited dalam memastikan setiap pesakit yang datang diberikan rawatan dan layanan sebaiknya tanpa sebarang prejudis. Sebarang kesulitan yang dialami pelanggan sewaktu berurusan di HSA amat dikesali," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam video tular berdurasi dua minit 10 saat, seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas hati dalam bahasa Tamil dengan menunjukkan luka di kaki kanannya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lewat-dapat-rawatan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|