CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9698|Reply: 0

[Johor] Biar polis siasat kes guru tampar, pukul, cekik 4 muridnya

[Copy link]
Post time 11-5-2024 05:31 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Fared. FOTO NSTP.

Johor Bahru: Guru yang didakwa melakukan kekasaran terhadap empat anak muridnya dalam satu kejadian di sebuah sekolah agama di Pontian, Rabu lalu sedang disiasat pihak berkuasa.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata, guru berkenaan juga kini ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah, selepas insiden berkenaan berlaku.

Menurutnya, Pejabat Pendidikan Islam daerah sudah mengambil tindakan segera dengan memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung siasatan terhadap insiden berkenaan.

"Kerajaan negeri memandang serius akan dakwaan ini dan menolak sebarang penggunaan kekasaran ke atas pelajar.


"Guru yang didakwa terbabit dalam kes itu ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah dalam tempoh siasatan berlangsung, manakala murid yang terbabit dibenarkan untuk mengambil cuti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, seorang guru lelaki didakwa bertindak luar kawalan apabila menampar, menumbuk serta mencekik leher empat muridnya.

Guru berusia 48 tahun itu dilaporkan bertindak demikian dipercayai berang selepas tiga murid berusia 10 dan 11 tahun mengintainya menghisap rokok di dalam sebuah stor.

Guru terbabit juga didakwa memarahi beberapa orang murid yang lain dengan mengeluarkan kata-kata kesat.

Dalam pada itu, Mohd Fared berkata, Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan sentiasa memastikan suasana pembelajaran di semua Sekolah Agama Kerajaan Johor berada keadaan selamat dan kondusif kepada guru-guru dan para pelajar.

"Saya memohon supaya semua pihak menghormati proses siasatan oleh PDRM dan tindakan selanjutnya termasuk tindakan tatatertib akan diambil tertakluk kepada hasil siasatan berkenaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ul-cekik-4-muridnya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.067220 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list