View: 4701|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
SPRM tahan lelaki menyamar penjawat awam, terima rasuah RM6,000
[Copy link]
|
|
Suspek (tengah) ditahan SPRM Pulau Pinang kerana disyaki menyamar pegawai kerajaan di sebuah kementerian dan meminta serta menerima wang rasuah kira-kira RM6,000. - Foto SPRM
GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang lelaki kerana disyaki menyamar pegawai di sebuah kementerian dan meminta serta menerima wang rasuah kira-kira RM6,000.
Perintah reman selama tujuh hari sehingga 17 Mei terhadap suspek yang berusia sekitar 30-an itu dikeluarkan Majistret Syahirah Abdul Salim selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Georgetown, hari ini.
Menurut sumber, suspek yang bekerja sendiri menyamar sebagai pegawai kerajaan dan meminta wang rasuah kira-kira RM8,000 daripada seorang wanita sebagai balasan bagi membantu mengubah laporan kimia membabitkan kes dadah suami wanita berkenaan.
"Suspek memaklum akan membantu mengubah laporan kimia bagi membolehkan suami wanita itu yang kini ditahan reman atas kes dadah dibebaskan.
"Wanita itu yang percaya dengan kata-kata suspek kemudian menyerahkan wang rasuah kira-kira RM6,000 kepadanya," katanya di sini.
Sumber berkata, suspek ditahan di Pejabat SPRM Pulau Pinang sekitar jam 11 malam tadi ketika hadir bagi memberi keterangan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
https://www.bharian.com.my/berit ... erima-rasuah-rm6000 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|