CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4653|Reply: 0

Liga Super: Empat pencabar utama JDT

[Copy link]
Post time 11-5-2024 10:23 AM | Show all posts |Read mode

BARISAN pemain Kedah menjalani latihan menjelang aksi pertama menentang PDRM di Stadium Selayang petang ini. - FB KDA FC

KEJUTAN Bayer Leverkusen dan Leicester City wajar dijadikan pedoman buat 12 kelab Liga Super untuk mencabar Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Walaupun Harimau Selatan memiliki kualiti lebih baik berbanding pencabar lain, tiada yang mustahil untuk mana-mana kelab cuba menafikan hasrat JDT merangkul kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut.

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali berkata, percaturan jurulatih akan menjadi penentu kepada pencabar lain untuk menggugat misi JDT musim ini.

“Memang dalam bola sepak tidak ada yang mustahil. Liga ini panjang, jika bijak, ada percaturan baik dan konsisten, mereka pasti mampu lakukan macam Leverkusen atau Leicester.

“Tiada yang mustahil, setiap pasukan harus guna pemain yang ada dengan sebaiknya, VAR (Video Bantuan Pengadil) yang ada sekarang mungkin memberikan keputusan yang lebih adil,” katanya.

Bekas penggempur Harimau Malaya itu turut memilih Terengganu FC, Selangor FC, Sri Pahang FC dan Kuala Lumpur City FC sebagai pilihan untuk mencabar JDT musim ini..

Sementara itu, ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA FC), Nafuzi Zain menyeru agar barisan tidak melepaskan peluang memulakan kempen Liga Super dengan langkah kanan menentang Polis DiRaja Malaysia (PDRM FC) di Stadium Selayang petang ini.

“Saya tidak membentuk pasukan untuk jangka masa pendek, tetapi mahu pasukan bersedia segala kemungkinan. Sudah tentu kami mahu raih keputusan yang baik pada aksi pertama.

“Mengenai kesebelasan utama, saya masih belum ada gambaran lengkap kerana kita masih menguji beberapa pemain baharu dan saya akan bariskan ikut kesesuaian taktikal nanti,” katanya.

Ini adalah musim kedua Nafuzi membimbing Sang Kenari dan berjaya membantu pasukan itu menamatkan kempen Liga Super 2023 di kedudukan keempat meskipun terpalit dengan isu di luar padang.
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... pencabar-utama-jdt/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.085318 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list