CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18901|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jamuan hari raya Balai Berita Prai meriah

[Copy link]
Post time 11-5-2024 12:37 AM | Show all posts |Read mode
Jamuan hari raya Balai Berita Prai meriah


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Mei 11, 2024 @ 12:18am [email protected]




Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali (tengah) bersama Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (lima dari kiri); Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Farrah Naz Karim (tiga dari kiri); Pengarang Eksekutif NST, Sharanjit Singh (tiga dari kanan); dan Ketua Pegawai Operasi PTSB, Luqman Adrine Jaafar (empat dari kiri) serta kakitangan bergambar kenangan sempena Jamuan Hari Raya Balai Berita Perai - Foto NSTP/DANIAL SAAD





BUTTERWORTH: Meskipun Syawal sudah melabuhkan tirainya, kemeriahan Aidilftri masih dirasai warga kerja Print Tower Sdn Bhd (PTSB), Media Prima Berhad (MPB) dan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) yang diraikan dalam Jamuan Hari Raya Balai Berita Prai di sini, hari ini.

Majlis bermula jam 3 petang itu diserikan dengan kehadiran Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Rafiq Razali; Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) merangkap Pengarang Kumpulan Berita Harian Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dan Ketua Pegawai Operasi PTSB, Luqman Adrine Jaafar.

Hadir sama, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Media Prima, Rosli Sabarudin; Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Farrah Naz Karim; Pengarang Eksekutif NST, Sharanjit Singh dan Ketua Pegawai Kewangan NSTP, Fadzli Mustapha.

Menurut Luqman Adrine, PTSB selaku tuan rumah Jamuan Hari Raya Balai Berita Prai menjemput kira-kira 50 tetamu termasuk bekas kakitangan PTSB sama ada yang bersara atau memilih Skim Pemisahan Sukarela (VSS) sebagai tanda penghargaan buat para petugas kilang percetakan akhbar milik NSTP itu.

"Jamuan Aidilfitri ini diadakan setiap tahun bagi mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga kerja di sini yang kebanyakannya terlibat dalam operasi percetakan dan logistik selain kita turut menjemput bekas kakitangan sebagai tanda penghargaan buat mereka.

"Kita juga mengambil peluang untuk bersama-sama berkumpul dengan pihak pengurusan dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi hadir," katanya ketika ditemui pada majlis itu.

Pelbagai juadah enak disajikan antaranya lemang, ketupat, rendang, kuih-muih tradisional, nasi impit, nasi minyak, kambing golek selain aneka kek sebagai pencuci mulut.

Dalam pada itu, Luqman Adrine berkongsi, kilang percetakan di Perai menjadi pusat operasi berpusat mencetak dan mengedar kira-kira 70,000 naskhah akhbar Berita Harian, Harian Metro dan NST pada setiap hari sejak Ogos 2022.

Luqman Adrine dalam pada itu turut mengalu-alukan permohonan lawatan daripada pihak sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berminat melihat sendiri proses percetakan akhbar secara lebih dekat.

"Sebenarnya banyak kita boleh belajar daripada daripada proses percetakan akhbar lebih-lebih lagi pada masa kini, generasi muda kita lebih cenderung berminat kepada gajet dan peranti elektronik," ujarnya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.046333 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list