CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9662|Reply: 0

[Pulau Pinang] KPM akan terus pastikan murid berkeperluan khas nikmati pendidikan setaraf - Fadhlina

[Copy link]
Post time 10-5-2024 07:45 PM | Show all posts |Read mode
KPM akan terus pastikan murid berkeperluan khas nikmati pendidikan setaraf - Fadhlina


Oleh Nur Izzati Mohamad - Mei 10, 2024 @ 3:49pmbhnews@bh.com.my




Menteri Pendididkan, Fadhlina Sidek merasmikan Bilik Multisensori Pendidikan Khas Sumbangan Able Perfect Sdn Bhd Dengan Kerjasama Yayasan Didik Negara (YDN) di SK Seri Sentosa hari ini. - Foto NSTP/DANIAL SAAD





NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memastikan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) untuk menikmati pembelajaran seperti murid-murid lain di aliran perdana.

Sehubungan itu, Menterinya, Fadhlina Sidek berharap lebih banyak syarikat swasta dapat bekerjasama dengan kerajaan dalam membantu menyediakan fasiliti pembelajaran terbaik kepada MBPK.

Katanya, ia adalah seiring dengan konsep Pendidikan Manusiawi yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) dianjurkan KPM.

"Dalam hal ini, saya amat berharap kerjasama antara kumpulan sokongan profesional seperti ahli terapi dengan guru-guru dapat dirancakkan lagi supaya MBPK menerima manfaat perkhidmatan seterusnya berupaya untuk membabitkan diri dalam aktiviti yang dirancang KPM.

"Permasalahan yang membabitkan akses pendidikan muncul daripada pelbagai penjuru seperti demografi, kemiskinan multidimensi dan kesamarataan peluang pendidikan bagi semua anak-anak, khususnya anak berkeperluan khas.

"Justeru, KPM sentiasa menyokong dan mengamalkan prinsip pendidikan untuk semua golongan tanpa mengira latar belakang, ketidakupayaan, kaum dan ekonomi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Bilik Multisensori Able Perfect Sdn Bhd di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sentosa, di sini, hari ini.

Sebanyak RM250,000 dibelanjakan Able Perfect dalam menyediakan empat bilik Multisensori berkenaan dengan kerjasama Yayasan Didik Negara (YDN).

Bagi memastikan keberkesanan program itu, ia turut diselia dengan mendapatkan khidmat nasihat daripada guru serta pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Fadhlina berkata, kemudahan Bilik Multisensori itu amat sesuai digunakan murid yang mempunyai masalah pembelajaran seperti autisme, sindrom down, ADHD dan sebagainya.

"Saya amat berharap dengan adanya Bilik Multisensori ini dapat menyokong kefungsian dan kemenjadian MBPK dari peringkat pendidikan sekolah rendah hingga ke peringkat menengah, seterusnya bersedia ke arah kebolehpasaran mereka apabila tamat persekolahan nanti," katanya.

Selain SK Seri Sentosa, tiga lagi sekolah yang menerima Bilik Multisensori termasuk SK Long Jaafar Kamunting Perak, SK Seri Setiawan Perak dan SK Pendidikan Khas Ipoh, Perak.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.344314 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list