CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14187|Reply: 0

[Kedah] Kualiti, harga harumanis Kedah, Perlis hampir sama

[Copy link]
Post time 10-5-2024 07:49 AM | Show all posts |Read mode
Kualiti, harga harumanis Kedah, Perlis hampir sama

OlehROSLINDA HASHIM

10 Mei 2024 07:00am








Laporan muka depan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Othman




ALOR SETAR - Kualiti mangga harumanis keluaran Kedah mahupun Perlis hampir menyamai kerana kedua-dua negeri itu mempunyai cuaca yang hampir sama.

Pengerusi Persatuan Harumanis Kedah, Othman Ismail berkata, kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mendapati kualiti dan keharuman buah harumanis Kedah dan Perlis juga hampir sama.



Menurutnya, kualiti buah tersebut dipengaruhi oleh beberapa faktor selain cuaca panas dan kering, kerana ia turut bergantung kepada kesesuaian tanah, kaedah pengurusan pertanian yang baik, merawat buah serta kaedah pengeraman buah yang betul.

“Pengusaha perlu amalkan pengurusan tanaman yang betul mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang betul. Ini akan menjadikan buah tersebut lebih berkualiti.


“Sekiranya dihasilkan mengikut SOP yang betul, ramai yang tidak dapat bezakan antara keluaran Kedah atau Perlis. Ini kerana buah keluaran Kedah setaraf dengan Perlis dan mempunyai keharuman dan wangian yang sama,” katanya di sini pada Khamis.
Othman berkata, kaedah pengeraman buah juga penting dalam memastikan rasanya yang enak kekal selain mempunyai warna jingga pekat.


Mangga Harumanis D’Aman dijual antara RM35-RM45 mengikut gred buah. Harga bergantung pada gred buah yang ditawarkan.




“Kalau buah tidak cukup matang dan tak diperam secukupnya, kita tak simpan sehingga lima hingga enam hari, baunya tidak wangi.




“Ada pengusaha yang terburu-buru nak jual walaupun belum cukup matang atau kurang tempoh peram, ini menyebabkan buah tersebut agak masam.“Sebab itu saya katakan, tiada bezanya buah dari Perlis atau Kedah, yang penting patuhi faktor-faktor yang saya sebutkan ini,” jelasnya.

Menurutnya, Kedah mampu menghasilkan kualiti harumanis sama seperti Perlis sekiranya semua SOP dipatuhi selain penjagaan baja dan buah dirawat dengan baik.

“Jadi kita tak boleh kata buah dari Perlis atau Kedah lagi sedap, sebab kualiti bergantung kepada banyak faktor.

“Bezanya cuma Perlis sudah lama tanam dalam keluasan besar, jadi keluaran Perlis lebih banyak dan dikenali. Tanah kedua-dua negeri amat sesuai sebab suhu berada dalam julat keperluan untuk tanah harumanis,” ujarnya.

Mengulas mengenai perbandingan harga harumanis Perlis dan Kedah, Othman berkata, ia juga hampir sama bergantung kepada pemasaran dan gred buah.

INFO
Harumanis Perlis dan Kedah

- Harumanis Perlis lebih dikenali kerana sudah lama berada di pasaran berbanding Kedah

- Harga harumanis Perlis antara RM25-RM50 sekilogram manakala harga Harumanis D’Aman RM25-RM45 sekilogram

- Saiz dan bentuk kedua-dua harumanis tiada beza yang mana kulit berwarna hijau, isinya berwarna jingga

- Rasa harumanis Perlis dan Kedah hampir sama, termasuk baunya yang harum

- Terdapat 1,000 pengusaha harumanis di Perlis manakala di Kedah sebanyak 100 pengusaha

- Saiz ladang harumanis di Perlis dianggarkan hampir 2,000 hektar, sementara di Kedah sekitar 140 hektar



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.102253 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list