View: 5343|Reply: 0
|
[Kelantan]
Pekerja ladang warga Myanmar dakwa cedera diserang gajah
[Copy link]
|
|
Pekerja ladang warga Myanmar (kanan) menunjukkan lokasi dia diserang seekor gajah liar di ladang getah di Aring 8, Gua Musang pada Jumaat lalu. FOTO IHSAN PERHILITAN
GUA MUSANG – Seorang wanita warganegara Myanmar yang bekerja di sebuah ladang getah di Aring 8 di sini mendakwa dia mengalami kecederaan selepas diserang seekor gajah liar pada Jumaat lalu.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 10 pagi semalam.
Katanya, Perhilitan Daerah Gua Musang menerima panggilan telefon dari pejabat ladang Teroka Tuah Sdn. Bhd. berkaitan seorang
pekerja ladang getah mengalami kecederaan disyaki berpunca daripada serangan hidupan liar.
“Kejadian disyaki berlaku kira-kira pukul 8 pagi pada Jumaat lalu. Anggota Perhilitan tiba di tempat kejadian semasa kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
“Suami mangsa dan kerani ladang itu membawa anggota Perhilitan meninjau di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Mohamad Hafid memberitahu, mengikut rekod aduan konflik hidupan liar, Pejabat Perhilitan Daerah Gua Musang tidak pernah menerima aduan dari ladang tersebut sejak tahun lalu.
Katanya, selain itu, terdapat dua kes kecederaan atau kematian membabitkan serangan gajah liar pada tahun lalu.
“Kes pertama berlaku pada 2 Ogos di Ladang Sindiyan, Tanah Tinggi Lojing melibatkan kematian seorang lelaki.
“Bagi kes kedua pula, ia membabitkan kematian seorang lelaki warganegara Indonesia di Ladang Upaya Padu 4 Disember lalu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... era-diserang-gajah/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|