CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7124|Reply: 0

Selangor FC mungkin tarik diri Piala Sumbangsih?

[Copy link]
Post time 7-5-2024 10:49 AM | Show all posts |Read mode

SITUASI terkini sudah pastinya mengganggu emosi skuad Gergasi Merah yang akan bertemu JDT. FOTO Ihsan Selangor FC

Shah Alam: Maklumat membabitkan penginapan dan perjalanan pasukan Selangor FC untuk mengharungi perlawanan Piala Sumbangsih 'bocor' menyebabkan keselamatan skuad Gergasi Merah terancam.

Perkara itu didedahkan sumber rapat pasukan terbabit yang memaklumkan butiran atau maklumat berkaitan perkara itu yang sepatutnya tidak didedahkan kepada umum namun sebaliknya berlaku.

Malah, pergerakan pasukan yang berpangkalan di bandaraya ini bukan lagi rahsia sekali gus menyaksikan kemungkinan skuad Gergasi Merah menarik diri untuk mengharungi perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) Jumaat ini.

"Sekarang ini, keselamatan pemain dan pegawai Selangor FC terancam susulan maklumat sulit berkaitan pergerakan mereka diketahui umum.


"Kes membabitkan tonggak utama pasukan Faisal Halim juga masih lagi menghantui pasukan Selangor FC. Segalanya (penyertaan aksi Piala Sumbangsih) akan diputuskan kelak," katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Terdahulu, Arena Metro melaporkan tidak sampai seminggu selepas insiden pemain kebangsaan, Akhyar Rashid disamun, satu lagi insiden mengejutkan terjadi dengan seorang lagi pemain kebangsaan, Faisal Halim menjadi mangsa terbaharu.

Menerusi maklumat dan gambar yang tular di laman media sosial, pemain yang dinobat sebagai Penjaring Gol Tercantik Piala Asia itu disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali di sebuah pusat membeli belah di ibu negara semalam.

Kejadian itu, menyebabkan Faisal cedera di beberapa bahagian badan termasuk mukanya dan kini dirawat di sebuah hospital di Shah Alam.

Faisal yang juga tonggak Selangor FC dilaporkan sudah selesai menjalani pembedahan pertama di sebuah hospital di Shah Alam namun, keadaannya tidak begitu baik.

Situasi terbabit sudah pastinya mengganggu emosi skuad Gergasi Merah yang akan bertemu JDT pada perlawanan Sumbangsih hujung minggu ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ri-piala-sumbangsih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.056798 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list