View: 21631|Reply: 15
|
Bagaimana rasanya bekerja di Finland, negara paling bahagia dalam dunia?
[Copy link]
|
|
SELAMA enam tahun berturut-turut, Finland diiktiraf sebagai negara paling bahagia dalam dunia melalui Laporan Kebahagiaan Dunia (WHR).
Laporan tersebut meletakkan enam pemboleh ubah bagi mengukur kebahagiaan, iaitu pendapatan, jangkaan hidup sihat, mempunyai orang kepercayaan yang akan membantu sewaktu kecemasan, kemurahan hati, kebebasan dan kepercayaan.
Sebagai antara elemen terpenting kehidupan, persekitaran dan budaya kerja juga pasti mempengaruhi kedudukan sesebuah negara dalam laporan tersebut.
Sehubungan itu, Relevan mahu meneroka, apa agaknya rasa jika kita bekerja di Finland?
Gaji
Undang-undang buruh di Finland tidak menetapkan gaji minimum yang spesifik untuk semua industri dalam negara tersebut. Namun, perbincangan antara pertubuhan-pertubuhan majikan dengan kesatuan sekerja ada dibuat bagi menetapkan gaji minimum dalam pelbagai sektor berbeza.
Penetapan ini biasanya dibuat dalam perjanjian kolektif (CA) antara majikan dengan pekerja. Jika tiada CA, perbincangan perlu dibuat antara majikan dengan pekerja.
Undang-undang Finland hanya menetapkan bahawa gaji yang dibayar haruslah normal dan munasabah. Maknanya, gaji anda tidak boleh terlalu berbeza dengan orang lain yang buat kerja sama.
Menurut laman web Info Finland, pada 2022, gaji minimum yang ditetapkan untuk pekerja pembersihan ialah 11.24 euro (RM54.91) sejam. Ini bersamaan RM2,196.36 seminggu dan RM8,785.42 sebulan.
Waktu bekerja
Jumlah jam bekerja di Finland dikuatkuasakan mengikut Akta Waktu Bekerja dan CA, menjadikan ia berbeza mengikut sektor. Walau bagaimanapun, secara asasnya, waktu bekerja biasa tidak boleh melebihi lapan jam sehari dan 40 jam seminggu.
Ada juga syarikat yang melaksanakan waktu bekerja gelangsar (sliding), yang bermakna pekerja boleh memilih sendiri waktu untuk memulakan dan menamatkan kerja.
Untuk kerja lebih masa, anda akan dibayar sekurang-kurangnya 50 peratus lebih tinggi berbanding bayaran setiap jam yang normal. Jika anda memilih untuk menggantikan kerja lebih masa itu dengan cuti, setiap sejam akan digantikan dengan 1.5 jam cuti.
Keanjalan kerja
Sejak meluluskan Akta Waktu Bekerja pada 1996, Finland sudah ke hadapan dari segi keanjalan kerja. Pada 2011, mereka diiktiraf sebagai negara yang menawarkan jadual kerja paling anjal di dunia.
Dan mereka terus berada di hadapan melalui pindaan baharu dalam Akta Waktu Bekerja pada 2020 yang memberikan hak kepada majoriti pekerja penuh masa untuk menentukan bila atau di mana mereka bekerja, untuk sekurang-kurangnya separuh daripada waktu bekerja mereka.
Pekerja masih perlu memenuhi tempoh 40 jam seminggu mereka tetapi aturannya boleh pelbagai. Anda boleh memilih untuk bekerja lebih lama pada hari-hari tertentu supaya pada hari lain, anda boleh mendapat rehat yang lebih lama.
Namun, apa-apa aturan waktu bekerja perlu mendapat persetujuan kedua-dua majikan dan pekerja. Malah, kontrak yang jelas juga perlu disediakan untuk aturan baharu tersebut.
Perlindungan sosial
Setiap majikan dan pekerja di Finland diwajibkan menyumbang untuk dana perlindungan sosial. Dana tersebut akan digunakan untuk membiayai cuti sakit dan bersalin, insurans kesihatan serta manfaat pengangguran.
Sebahagian dana tersebut turut disumbangkan kepada Pentadbiran Cukai Pusat, penyedia insurans dan Dana Pekerjaan.
Cuti
Menurut Akta Kontrak Pekerjaan, pekerja layak menerima 100 peratus gaji sekiranya mereka mengambil cuti sakit kurang daripada sembilan hari dalam sebulan. Untuk hari ke-10 dan seterusnya, pekerja boleh memohon manfaat cuti sakit daripada Institut Keselamatan Sosial Bebas (Kela).
Jika tempoh pekerjaan mereka tidak sampai sebulan, mereka layak menerima 50 peratus daripada gaji penuh pada hari mereka mengambil cuti sakit.
Para pekerja juga berhak mendapat 24 hingga 30 hari cuti berbayar setiap tahun selain 11 hari cuti umum. Sekiranya pekerja perlu bekerja pada cuti umum, mereka layak menerima pampasan dua kali ganda berbanding kadar gaji harian atau manfaat lain yang setimpal.
Sepanjang cuti bersalin pula, pekerja akan menerima manfaat daripada Kela dengan jumlah bersamaan 105 hari bekerja, bermula dari hari pertama cutinya. Mereka juga layak mendapat wang tunai berjumlah 170 euro (RM831.25) yang tidak dikenakan cukai.
Pekerja juga mempunyai pilihan untuk memulakan cuti bersalinnya, asalkan tidak lebih awal daripada 50 hari atau tidak lebih lewat daripada 30 hari daripada tarikh bersalin. Pasangannya pula layak menerima sehingga 54 hari cuti tidak berbayar dalam tempoh dua tahun selepas bersalin.
Sumber – RELEVAN |
|
|
|
|
|
|
|
apa polisi diorng utk colleague yg terpaksa tggung kerja org yg on maternity leave? teringin nak tahu. iols x google lah lagi on this sbnrnye. ekekeke. |
|
|
|
|
|
|
|
Tax theyols ni tinggi ke tak ye? Tinggi jugak average gaji cleaner. |
|
|
|
|
|
|
|
Kilang Nokia ada lg x kat sana? Jenama legend |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik tapi kena teliti lagi..mesti ada part yg x berapa nak best. |
|
|
|
|
|
|
|
Klu boleh dapat gaji convert duit kita 100k sebulan why not kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Memang menaril gila benefit Finland tapi cuaca sejuk sangat tak leh tahan |
|
|
|
|
|
|
|
Banyaknya annual leave setahun |
|
|
|
|
|
|
|
Wow mmg bahagia dpt benefits mcm tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
takde ke warga forum duk finland??? kalau ada sila share sini |
|
|
|
|
|
|
|
lebih kurang annual leaves meols jer, setahun 24 days, geng bankers rasanyer ada yg smp 30 days. PH diorg pun 11 days jer, kita kat Msia lagi byk...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|