View: 1048|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Sukar berbahasa Inggeris, punca pelancong Thailand tidak ke Malaysia
[Copy link]
|
|
FOTO HIASAN
Alor Setar: Kesukaran berbahasa Inggeris dan Melayu antara punca pelancong Thailand tidak cenderung berkunjung ke negara ini berbanding rakyat Malaysia yang gemar melancong ke negara jiran itu.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, berlaku ketidakseimbangan dalam jumlah pelancong apabila dianggarkan 4.8 juta rakyat Malaysia melancong ke Thailand setiap tahun, berbanding hanya 1.3 juta rakyat negara itu masuk ke negara ini.
Menurutnya, usaha bagi meningkatkan jumlah pelancong Thailand berkunjung ke negara ini perlu dilakukan segera melalui pelbagai aktiviti promosi termasuk lokasi menarik dalam negara terutama menjelang Tahun Melawat Kedah 2025.
"Kita mengetahui kemasukan rakyat Malaysia ke Thailand begitu ramai sekitar 4.8 juta setahun, tetapi kemasukan pelancong Thailand ke Malaysia agak kurang, saya dimaklumkan sekitar 1.3 juta.
"Pihak Thailand memaklumkan memang ada kesukaran kerana rakyat Thailand agak sukar berbahasa Melayu dan Inggeris berbanding rakyat Malaysia yang lebih fasih berbahasa Inggeris dan ada yang turut menguasai bahasa Thai," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.
Terdahulu Muhammad Sanusi menerima kunjungan hormat menghadiri mesyuarat bersama delegasi Thailand diketuai Gabenor Songkhla, Somnuk Promkheaw.
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, turut dibincangkan dalam pertemuan itu adalah mempermudahkan urusan kemasukan kenderaan perdagangan yang membawa barangan segar dari Thailand ke Malaysia.
Bagaimanapun katanya, terdapat beberapa perkara lain dibangkitkan, tetapi ia tertakluk di bawah bidang kuasa Persekutuan, namun kerajaan negeri sedia membawa isu itu ke peringkat lebih tinggi.
"Kita juga bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Sempadan antara Kedah dan Songhkla untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan bagi kebaikan bersama terutama dalam sektor perdagangan, pelancongan, pendidikan dan budaya.
"Akan ada satu lawatan balas daripada kerajaan Kedah ke Songkhla pada masa terdekat dan kita akan memohon wakil agensi Persekutuan turut serta bagi menyelesaikan isu di bawah bidang kuasa mereka," katanya.
Pada sidang media sama, Promkheaw turut menyatakan komitmen dalam membantu Kedah dan Malaysia mempromosikan sektor pelancongan negara itu kepada rakyat Thailand terutama membabitkan penduduk di wilayah selatan.
Katanya, turut menjadi perhatian adalah isu pendaftaran perkahwinan pasangan dari Malaysia yang gagal didaftarkan di negara asal, selepas proses pernikahan dilakukan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... d-tidak-ke-malaysia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|