|
Hanafiah Mat
Kuala Terengganu: Sumber air mentah di Terengganu tidak terjejas setakat ini walaupun negara sedang dilanda cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Hanafiah Mat berkata, berdasarkan rekod terdahulu, Terengganu tidak mengalami kesan yang ketara akibat kemarau berbanding negeri lain.
Hanafiah yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Terengganu berkata, ketika ini, paras air di tiga empangan iaitu Kenyir, Puah dan Tembat juga berada paras normal dan mencukupi untuk digunakan sehingga tibanya musim Monsun Timur Laut (MTL).
Bagaimanapun, katanya, pelan mitigasi awalan sudah disediakan pihak Syarikat Air Terengganu Sdb Bhd (SATU) bagi memastikan kelangsungan bekalan air bersih kepada pengguna adalah terjamin.
"Kita sudah melakukan beberapa persiapan awal dalam menghadapi fenomena El Nino ini termasuk penaiktarafan infrastruktur sedia ada dan baru.
"Ia merangkumi pengaktifan loji rawatan air (LRA) LRA Jerangau, pembinaan LRA Kenyir dan penaiktarafan LRA Hulu Terengganu," katanya ketika dihubungi di sini.
Terdahulu, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad,dilaporkan berkata, fenomena El Nino atau cuaca panas kemarau yang melanda negara ketika ini dijangka akan berterusan sehingga Julai depan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngganu-masih-stabil |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|