CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3912|Reply: 0

[Perlis] Cubaan seludup keluar 1 tan daun ketum gagal

[Copy link]
Post time 29-4-2024 03:04 PM | Show all posts |Read mode
Cubaan seludup keluar 1 tan daun ketum gagal


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



Baderulhisham (paling kiri) bersama pegawai kanan polis Perlis dan IPD Padang Besar menunjukkan 30 guni berisi daun ketum yang cuba diseludup ke Thailand di Wang Kelian pada Sabtu lalu. FOTO AIZAT SHARIF





Kangar: Polis mematahkan cubaan menyeludup satu tan daun ketum ke Thailand berjaya dan memberkas seorang lelaki di Wang Kelian di sini, Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Baderulhisham Baharudin berkata, pada jam 2.30 petang itu, pihaknya menerima maklumat berhubung kegiatan penyeludupan di Kampung Wang Kelian, Jalan Kaki Bukit, Padang Besar.

Katanya, berdasarkan maklumat itu sepasukan anggota polis dihantar ke Kampung Wang Kelian dan ternampak seorang lelaki sedang memunggah guni ke dalam trak pikap Toyota Hilux bernombor pendaftaran Thailand.

"Ketika serbuan anggota polis menemukan 30 guni disyaki ketum yang cuba diseludup keluar ke negara jiran menerusi 'laluan tikus yang banyak terdapat di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian dan Padang Besar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, di sini hari ini.

Katanya, hasil saringan awal terhadap suspek berusia 20 tahun itu mendapati dirinya positif dadah jenis syabu.

"Malah, semakan rekod jenayah terhadap suspek juga mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau bersabit kes dadah.

"Siasatan awal kita juga mendapati penyeludup membuat pembungkusan semula di kawasan semak sekitar Kampung Wang Kelian sebagai transit ke negara jiran," katanya.

Baderulhisham berkata, walaupun kerajaan Thailand sudah membenarkan rakyatnya menjalankan penanaman daun ketum secara komersil namun permintaan terhadap tumbuhan berkenaan di negara ini masih tetap ada walaupun harganya tidak selumayan dahulu.

"Kita lihat permintaan terhadap daun ketum dari negara ini masih ada walaupun Thailand sudah pun mengiktirafnya secara komersil," katanya.

Suspek direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.




Disiarkan pada: April 29, 2024 @ 2:41pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.395847 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list