CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9324|Reply: 4

Kehebatan doa seorang isteri, akhirnya semua terbongkar – Mila Jirin

[Copy link]
Post time 29-4-2024 08:25 AM | Show all posts |Read mode




Jika Tuhan berkehendakkan sesuatu perkara, lambat atau cepat, segala kejahatan pasti akan terbongkar. Hebatnya doa seorang isteri!.


Itu fahaman penyanyi juga usahawan popular, Mila Jirin berhubung kemelut kecurangan dan pendedahan skandal bersilang penjuru dalam rumah tangga penyanyi Aliff Aziz yang meledak dalam media.


Menginsafi diri dan mengambil iktibar atas kekecohan berpunca daripada pendedahan wanita Singapura, Sarah Yasmine itu, Mila atau Norsyarmilla Jirin, 37 mengakui, situasi tersebut sebenarnya memberi pengajaran berguna buat dirinya.


“Bila Malaysia dikejutkan dengan cerita skandal berpenjuru selebriti terkenal, banyak yang aku belajar sebenarnya.


“Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, sekejap sahaja dia tunjuk kepada semua.


“Jika Allah izinkan segala yang disembunyikan terbuka dan tersebar, dengan izinNya semua orang tahu. Tak perlu cari, pasti datang sendiri dengan izin Allah,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.


Paling utama kata pelantun lagu Aku Lebih Tahu itu, sangat penting untuk sentiasa berlaku jujur dan amanah agar mahligai perkahwinan sentiasa harmoni.


“Kepentingan jujur, amanah, berterus terang, kesetiaan dan musyawarah dalam hubungan suami isteri itu sangat diperlukan agar rumah tangga harmoni.


“Selain itu, jangan pandang rendah kehebatan doa seorang isteri. Perlu terapkan sifat yang baik dalam hubungan suami isteri,” ujarnya bermuhasabah diri.


Sejak Isnin lalu, arena hiburan tanah memanas apabila Sarah tiba-tiba menjadi watak baharu mendakwa dirinya kekasih gelap Aliff Aziz, sekali gus menyelak segala rahsia penyanyi itu dan Ruhainies.


Selain membuktikan Aliff dan Ruhainies menjalin cinta, Sarah juga mendakwa dramatis putih gebu itu menggunakan teman lelaki senegaranya untuk menjatuhkan isteri sendiri, Bella Astillah.


Pendedahan Sarah itu turut mengheret lebih ramai selebriti termasuk Caprice, Emma Maembong, Chacha Maembong serta pasangan suami isteri, Tom dan Fuad Rahman. Paling dramatik apabila nama pelakon Sophia Albarakbah kembali terkait sebagai wanita yang menyumbang keruntuhan reputasi Aliff di mata peminat.


Drama semakin meleret-meleret apabila nama pelakon Meerqeen juga dipetik selepas mengaku hanya mengenali Sarah sebagai peminat, namun wanita difahamkan ibu tunggal anak dua terbabit mengatakan hubungan mereka tidak sekadar itu.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2024 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tuhari soksek2 dgr mila sbnrya dh tau aa kemut plan nk menikah. Sbb tmpah wedding hall and all things from mila. Xsure la kesahihan.

Tp pelik gk klu kemut nk menikah dgn aa. Bapak gula xkomen apa2 ke penat sponsor duit lawyer aa. Bapak gula mostly ada bisa. Vvvip. Plbgai cara bls dendam dia bole buat kt aa. Xkn kemut dgn aa seberani itu kan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
la nak jugak beri komen..aku sejak dia bagi komen pasal kes kieda crepe..terus aku rasa dia ni sesuatu lepastu back to back semua bende nak komen..keluar single balik pun tetap sendu..fokus jadi wedding planner je la mila..elok2 org puji ko pandai business..takot kene cerca balik sebab rajin sangat bagi komen nanti kang terus ratib ayat tak support bisnes melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 08:57 AM | Show all posts
lepas ni mira jirin pulak
sibuk je nak komen
meluat minah ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 08:12 PM | Show all posts
Smua retis2 nak ambil port, at least nama tu msih d ingati rmai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.075723 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list