CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1355|Reply: 0

[Dunia] Lelaki peluk 1,123 pokok

[Copy link]
Post time 28-4-2024 07:33 AM | Show all posts |Read mode
ACCRA –  Seorang lelaki di Ghana mencipta rekod dunia selepas memeluk 1,123 batang pokok di Hutan Negara Tuskegee dalam masa sejam, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Abubakar Tahiru, 29, mula berminat dalam aktiviti pemuliharaan alam semula jadi ketika dia membesar dalam sebuah komuniti petani di Tepa, Ghana.

Dia juga sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang perhutanan  di Universiti Auburn, negeri Alabama.

Percubaan memecahkan rekod dunia itu memerlukan Tahiru memeluk setiap pokok dengan erat  tanpa menyebabkan sebarang kerosakan dengan sekali percubaan.

Dengan purata 19 pokok seminit, Tahiru berjaya melepasi keperluan minimum 700 pokok untuk mencipta rekod dunia tersebut.

Rekod dunia itu juga bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan untuk menjaga dan memulihara alam sekitar. – AGENSI

Abubakar Tahiru, memecahkan rekod dunia dengan pokok yang banyak dipeluk dalam masa sejam. - GUINNESS WORLD RECORDS





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.347205 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list