CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 472|Reply: 0

[Tempatan] Dua cedera, ambulans jatuh gaung

[Copy link]
Post time 27-4-2024 09:04 PM | Show all posts |Read mode


SEMENYIH – Dua orang dilaporkan cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans yang terjatuh ke dalam gaung di Simpang Tiga, Sungai Lui, Jalan Sungai Lalang, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan insiden tersebut sekitar pukul 2.07 petang.

Jelas beliau, seramai lima anggota lain-lain pangkat serta sebuah buah jentera keluaran Balai Bomba dan Penyelemat (BBP) Semenyih digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati sebuah ambulans swasta telah terbabas dan jatuh ke dalam gaung kedalaman enam meter.

“Pemeriksaan mendapati, kemalangan melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun dan seorang wanita tempatan berusia 21 tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, kedua-dua mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan ringan merupakan pemandu dan penumpang.

“Ambulans tersebut dalam perjalanan ke sebuah acara sukan berbasikal di Jalan Genting Peres, di sini, sebagai unit bantuan kesihatan.

“Tiada mangsa yang tersepit dalam nahas tersebut. Kesemua mereka berjaya dibawa naik dengan selamat,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Ambulans swasta yang terbabit kemalangan di Simpang Tiga, Sungai Lui, Jalan Sungai Lalang, Semenyih, hari ini.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.051837 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list