CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 757|Reply: 0

[Sarawak] Sokongan pastikan operasi loji MLNG berjalan lancar, teratur

[Copy link]
Post time 26-4-2024 06:41 PM | Show all posts |Read mode


Syazwan (tiga kiri) bersama (dari kiri) Pang, Chai, Hamid, Iskandar dan Francis pada Majlis Bertandang Raya Bersama MLNG di Bintulu, hari ini.
BINTULU: Sokongan terhadap operasi loji termasuk aktiviti-aktiviti dilaksanakan Kumpulan Syarikat Malaysia LNG (MLNG) memastikan operasi syarikat itu berjalan dengan lancar dan teratur.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohamed Syazwan Abdullah@Laga Jenggi berkata, MLNG melaksanakan banyak aktiviti kerja termasuk semasa operasi penutupan lojinya untuk kerja-kerja penyelengaraan.

Justeru katanya, sokongan semua pihak dalam memastikan operasi syarikat itu berjalan dengan baik amat diperlukan.

"Agensi-agensi seperti Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) termasuk syarikat-syarikat lain dan setiap orang di Bintulu amat menyokong segala aktiviti dan kerja kita lakukan dalam tempoh penyelenggaraan itu," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Jom Bertandang Raya Bersama MLNG 2024 di sini, hari ini.

Menurutnya, MLNG berterima kasih kepada semua pihak dan majlis diadakan meraikan agensi-agensi kerajaan, dif-dif jemputan, kakitangan kerajaan termasuk pengamal media yang membantu memastikan segala urusan kerja dapat dilakukan dengan jayanya.

Katanya, semua pihak, agensi kerajaan serta pengamal media di sini sangat menyokong apa yang dilakukan di MLNG.

"Maka kita berharap majlis sambutan raya bersama ini membantu mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara MLNG serta pihak-pihak terbabit," jelasnya.

Hadir sama Pengerusi Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang, ADUN Jepak Iskandar Turkee, Pemanca Francis Toh dan Penghulu Dato Chai Shong Phian.

Malaysia LNG (MLNG) ialah pengeluar gas asli cecair di Malaysia yang mengoperasikan sembilan modul pencairan di loji Kompleks LNG Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) Bintulu.

Pada 2007, ia merupakan kompleks pengeluaran gas asli (LNG) terbesar dan MLNG diiktiraf sebagai lima teratas loji LNG terbesar di dunia pada 2022.

Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG Satu) diperbadankan pada 14 Jun 1978 untuk membina Loji LNG Malaysia pertama bagi tiga tren dengan kapasiti 2.7 juta tan setahun (Mtpa) setiap satu.

Gas asli cecair (LNG) pertamanya telah dihantar dengan menggunakan kargo pada 29 Januari 1983.

Pada 1 Jun 1992, Malaysia LNG Dua Sdn Bhd (MLNG Dua) diperbadankan untuk mengurus dan mengendalikan loji LNG kedua daripada tiga tren dengan kapasiti 2.6 Mtpa setiap satu.

LNG pertamanya telah dihantar pada Mei 1995.

Pada 8 November 1995, Malaysia LNG Tiga Sdn Bhd (MLNG Tiga) diperbadankan mengurus dan mengendalikan loji LNG ketiga bagi dua tren dengan kapasiti 3.6 Mtpa setiap satu. Penghantaran pertama LNG dilakukan pada Mac 2003.

Pada 2012, Petronas LNG 9 Sdn Bhd (PL9SB) telah diperbadankan untuk memiliki Tren pencairan LNG ke-9 di Kompleks LNG Petronas (PLC). LNG pertamanya dihantar pada September 2016.

Loji LNG terletak di Bintulu terdiri sembilan tren LNG dan tiga daripadanya milik MLNG Satu (usaha sama pertama), tiga lagi MLNG Dua, dua untuk MLNG Tiga dan satu untuk Train 9 (PL9SB).

Keempat-empat projek itu terletak di satu tapak semuanya menggunakan teknologi pencairan yang dibangunkan oleh Air Products & Chemicals Inc (APCI) dan berkongsi kemudahan bersama.

Pada 2005, jumlah kapasiti terpasang ialah 21.85 Mtpa LNG dan terdapat projek menaik taraf meningkatkan kapasiti sebanyak 1.4 Mtpa. Train 9 menambah kapasiti 3.6 MTPA kepada kompleks ini.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.065846 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list