CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 576|Reply: 0

[Sarawak] Tiga lelaki cedera dalam kemalangan libatkan kereta dan pikap

[Copy link]
Post time 26-4-2024 06:26 PM | Show all posts |Read mode


Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.
SARATOK: Tiga lelaki cedera setelah terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dengan sebuah pikap, semalam.

Jurucakap Bilik Gerakkan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihak bomba telah menerima laporan berkaitan kemalangan ini pada jam 1 petang.

“Sejurus menerima panggilan tersebut, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Saratok telah dikerahkan ke lokasi kemalangan di Jalan Saratok-Betong, iaitu berhampiran simpang Krian, dekat sini.

“Ketika sampai di lokasi anggota bomba mendapati tiga orang mangsa telah terlibat dalam kemalangan tersebut iaitu seorang pemandu dan seorang penumpang di dalam sebuah kereta, manakala pikap hanya terdapat seorang pemandu sahaja.

“Seorang mangsa yang berada di dalam kereta telah berjaya dikeluarkan oleh pihak perubatan sebelum ketibaan pihak bomba,  manakala seorang lagi bersama dengan pemandu pikap yang tersepit telah dikeluarkan oleh pihak bomba,” katanya kepada media, semalam.

Tiga mangsa tersebut berusia 39, 69 dan 51 tahun.

Tambahnya, pihak bomba telah mengambil masa hampir satu jam untuk  mengeluarkan dua mangsa yang tersepit.

“Sejurus berjaya dikeluarkan, kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Saratok untuk mendapatkan rawatan.

“Pasukan bomba turut membersihkan sisa kemalangan dan setelah memastikan keadaan di lokasi kemalangan selamat pasukan bomba terbabit telah bertolak balik semula ke balai,” ujarnya lagi.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.057780 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list