CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 591|Reply: 0

[Sarawak] Warga emas dilaporkan hilang di Jalan Kim San dijumpai selamat

[Copy link]
Post time 26-4-2024 06:25 PM | Show all posts |Read mode


SARIKEI: Seorang warga emas yang berusia 61 tahun yang telah dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya pada petang semalam telah dijumpai pada sebelah malam hari yang sama.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, mangsa telah dijumpai oleh orang awam
duduk di tepi jalan.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai telah pergi ke kawasan hutan di Jalan Kim San, dekat sini untuk mencari sayur hutan.

“Pada jam 11.07 malam, pihak bomba telah menerima panggilan daripada pihak Balai Polis Pekan Jakar bahawa mangsa telah dijumpai oleh orang awam duduk di tepi jalan oleh orang awam dalam keletihan.

"Sejurus ditemui, mangsa telah dihantar ke rumah di Jalan Century, dekat sini," kata Mahmudin ketika dihubungi media, hari ini.

Tambahnya, anak mangsa mengesahkan individu yang telah dijumpai itu adalah mangsa yang telah dilaporkan hilang.

“Mangsa hanya mengalami  sedikit luka pada bahagian kedua- dua kaki akibat berjalan terlalu lama,” ujar Mahmudin lagi.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.058465 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list