CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 596|Reply: 0

[Sarawak] Dua tokan dadah warga asing dicekup polis di Bintulu

[Copy link]
Post time 26-4-2024 06:24 PM | Show all posts |Read mode


Dadah yang dirampas BSJND IPD Bintulu dalam tangkapan yang dijalankan di pasar Bintulu semalam.

BINTULU: Dua lelaki warganegara asing dipercayai tokan dadah ditangkap oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu di sekitar pasar Bintulu, semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Nixon Joshua Ali dalam kenyataannya hari ini berkata, hasil maklumat serta risikan, kedua-dua suspek yang berumur 26 dan 40 tahun dan berada dalam keadaan mencurigakan ini ditahan bagi siasatan lanjut.

"Pemeriksaan yang dijalankan telah menjumpai dadah jenis syabu seberat 35.3 gram dalam simpanan kedua-dua suspek," jelasnya.

Tambahnya, hasil siasatan awal mendapati dadah tersebut boleh dibekalkan untuk 70 ke 80 orang penagih.

Nixon memberitahu, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati kedua-dua suspek positif mengambil dadah jenis Methamphetamine.

"Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memilik dadah dan jika disabit salah, suspek berhadapan dengan hukuman penjara tidak lebih lima tahun beserta sebatan tidak kurang tiga kali sebatan," tegasnya.

Dalam masa sama ujarnya, jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)ADB 1952, kedua-dua suspek boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun beserta tempoh pengawasan selama dua tahun.

"Kedua-dua suspek juga akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan perjalanan yang sah yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih dari RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali termasuk hukuman sebat tidak lebih dari enam kali jika disabit salah," tambahnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.049134 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list