CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 586|Reply: 0

[Sabah] Lelaki ditemukan lemas di laut berhampiran Kuala Putatan

[Copy link]
Post time 26-4-2024 06:21 PM | Show all posts |Read mode


LEMAS: Pasukan SAR membawa mayat mangsa ke kawasan darat sebelum diserahkan kepada pihak polis.

PUTATAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ditemukan lemas di kawasan laut berhampiran Kuala Putatan di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang Zeno Tinggalan berkata, mangsa ditemukan orang awam kira-kira jam 3.56 petang di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mangsa didapati turun ke laut sebelum disedari hilang pada jam 12 tengah hari.

“Kejadian kemudiannya dilaporkan kepada pihak polis sebelum kejadian dimaklumkan kepada pihak BBP Penampang pada jam 2.02 petang,” katanya.

Beliau berkata, pasukan bomba yang tiba di lokasi sejauh 20 kilometer menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dipersisiran pantai.

Katanya, operasi SAR turut dijalankan bersama pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam.

“Mangsa ditemukan oleh orang awam pada jam 3.56 petang sebelum memaklumkan kejadian kepada pasukan SAR yang ada di lokasi.

“Mangsa kemudian dibawa ke kawasan darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.133309 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list