CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 632|Reply: 0

[Sabah] Pegawai LPP di PP perlu diserap sebagai kakitangan PP selari komitmen Kerajaan Perpaduan Madani

[Copy link]
Post time 26-4-2024 06:20 PM | Show all posts |Read mode


MESYUARAT: Mohd Nazri memberikan penjelasan terperinci pada sidang media selepas Mesyuarat AJP PPN Sabah.

KOTA KINABALU: Pegawai Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang diletakkan di Pertubuhan Peladang (PP) disaran supaya diserap sebagai kakitangan PP, seiring usaha Kerajaan Perpaduan Madani.

Pengerusi PPN Sabah, Datuk Mohd Nazri Abdullah berkata, ia sebagai usaha dan inisiatif ke arah lebih cemerlang dalam membantu rakyat yang diperjuangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, cadangan Ahli Jemaah Pengarah (AJP)  Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah pada 24 April lalu agar Kerajaan Persekutuan menghentikan amalan meletakkan pegawai LPP sebagai Pengurus Besar di Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) adalah bagi kepentingan jangka panjang.

“Selain itu, ia keputusan yang dibuat oleh 11 AJP PPN Sabah juga sebagai menyahut perancangan dan wawasan Kerajaan Perpaduan.

“Difahamkan, Kementerian Kewangan sedang melihat mana-mana agensi yang mempunyai fungsi bertindih dan badan yang bukan dimiliki oleh kerajaan dari segi pegangan saham akan disusun dari segi penyaluran peruntukan.

Ini termasuk LPP sebagai agensi kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

“PP pula dimiliki oleh pemilik saham, iaitu 100 peratus dimiliki oleh orang perseorangan yang membeli saham di PP,” katanya semasa memberi penjelasan terperinci pada sidang media selepas Mesyuarat AJP PPN Sabah.

Beliau mengambil contoh pandangan dan cadangan yang pernah diutarakan mantan Ketua Pengarah LPP, Datuk Salim Taha (2015 hingga 20 Mac 2018) untuk memperkenalkan fungsi pegawai LPP kepada dua bahagian.

Sidang media itu turut dihadiri AJP terdiri Datuk Ng Loi Tect, Tan Sri Wences Angang, Datuk Faimin Kamin, Datuk Supardianshah Suyuti, Datuk Dr George Sangkin, Abdul Rahim Oting, Abu Bakar Gapar, Benny Franklin Harthemen, Sylvia Belinggi dan Lawrence P Saibon.

Bercakap lanjut beliau berkata, bahagian pertama ialah pegawai yang berkhidmat di LPP, menerima kenaikan pangkat sehingga bersara wajib, manakala bahagian kedua ialah mengekalkan mereka di PP dan kenaikan pangkat juga di PP.

"Dengan erti kata lain pegawai LPP ini akan diserapkan di PP dan menerima gaji serta lain-lain kemudahan atas tanggungan PP serta akan diserap dalam skim perkhidmatan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Pandangan itu ketika diutarakan mungkin tidak sesuai, tetapi pada masa ini pentadbiran Kerajaan Perpaduan, pandangan itu berguna untuk diambil perhatian,” katanya.

Mohd Nazri berkata, kebanyakan pegawai berkenaan sudah menceburkan diri dalam perniagaan dan pengalaman mereka memang diiktiraf serta berkebolehan dalam mengurus tadbir PP.

Katanya, pegawai-pegawai ini dilantik dalam skim PP dan perkhidmatan mereka berterusan sehingga mereka mengundurkan diri selain tahu kekuatan sesuatu PP dari segi kewangan, untung rugi perniagaan, potensi berkembang dan lain-lain.

“Sudah pasti pegawai ini akan bekerja kuat untuk membangunkan PP supaya lebih banyak keuntungan diperolehi kerana  gajinya dan semua kakitangan lain dibayar sendiri oleh PP," katanya.

Sebelum ini, katanya, ada pegawai LPP yang dipinjamkan ke PP sudah menjalankan kerja sehingga menguntungkan PP, akan tetapi mereka kemudian ditukar ke tempat lain sehingga menyebabkan PP mulai merundum.

"Lebih baik mereka yang ditempatkan di PP akan dikekalkan dan terus berkhidmat di PP, namun mereka adalah pegawai lantikan PP dan semua urusan diurus oleh PP, bukan seperti perkhidmatan sekarang.

“Sebagai contoh di Sabah, boleh dikatakan hampir 100 peratus pegawai LPP yang ditempatkan di PPK sebagai Pengurus dan  Pengurus Besar bekerja dengan baik dan memajukan PP masing-masing, namun gred gaji mereka masih mengikut gred sedia ada di LPP.

"Jika perkhidmatan mereka diserapkan ke PP, maka mereka boleh menerima dinaikkan pangkat bersama dan menaikkan gred dengan gaji yang lebih tinggi sesuai dengan kekuatan PP yang diurus," katanya.

Beliau juga mengambil contoh apabila sesebuah PP itu mencatat banyak keuntungan, maka banyaklah kemudahan boleh diberikan kepada pegawai berkenaan kerana ia adalah hasil kerja kuat mereka.

Katanya, perlu diingat bahawa Sabah adalah negeri yang luas dan Pengurus Besar ini perlu mengambil masa yang banyak dalam perjalanan untuk sampai ke satu-satu tempat bagi menjalankan tugas yang diamanahkan.

Mohd Nazri berkata, Pengurus Besar PPK sedia ada terutamanya di Sabah juga kaya dengan pengalaman, kerja kuat dan dedikasi.

“Namun kita perlu menerima hakikat bahawa PP itu adalah dimiliki  pemegang saham iaitu orang perseorangan serta ahli peladang dan LPP itu adalah agensi dalam KPKM.

"Lambat laun, sama ada kita suka atau tidak, Kerajaan Perpaduan Madani pimpinan Anwar akan melihat dan meneliti perkara ini, difahamkan banyak agensi sudah dilihat oleh Kementerian Kewangan termasuklah LPP," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.046301 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list