CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 623|Reply: 0

[Sabah] KL Wellness City bandar penjagaan kesihatan bersepadu pertama di Malaysia

[Copy link]
Post time 26-4-2024 06:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 26-4-2024 10:19 AM



MAJU: KL Wellness City yang terletak di lokasi strategik dan dekat dengan ibu negara.



VINCENT



MODEN: Suite kesihatan bercirikan konsep moden untuk keselesaan pengunjung.



FASILITI: Hospital KL Wellness City mempunyai jambatan yang disambungkan terus ke Taman Penjagaan Kesihatan Nobel.

KOTA KINABALU: KL Wellness City Sdn Bhd mewujudkan perbandaran mampan berasaskan penjagaan kesihatan bersepadu yang pertama di Malaysia dengan menawarkan kemudahan perubatan, perkhidmatan runcit dan kediaman moden sebagai satu pelaburan bijak untuk masa depan yang lebih terjamin.

Pengarah Eksekutif KL Wellness City Sdn Bhd Datuk Seri Dr. Vincent Tiew berkata, bandar yang terletak di Bukit Jalil dengan lokasi strategik berdepan dengan pusat beli belah Pavilion Kuala Lumpur dibina seluas 10.7 hektar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) secara keseluruhan lebih RM11 bilion.

“Sebagai sebuah perbandaran bersepadu dan jenis kelas aset yang unik, KL Wellness City dirancang secara sistematik sebelum pembangunan dilaksanakan bersesuaian dengan Takrifan Institut Kesihatan Global tentang hartanah kesejahteraan.

“Hartanah kesihatan secara amnya terdiri daripada hospital, pusat perubatan, klinik, Pusat Pembangunan dan Penyelidikan (R&D), pejabat, hotel, suite persaraan, unit kediaman moden.

“Bandar kesejahteraan ini dibina untuk mewujudkan ekosistem bersepadu yang menangani penjagaan kesihatan, kesejahteraan, keperluan perubatan dan gaya hidup yang baik,” katanya.

Beliau berkata, Taman Penjagaan Kesihatan Nobel bagi fasa pertama akan membina hospital tertiari antarabangsa pada 2021 yang boleh berskala kepada 1,000 katil, dengan 22 dewan bedah.

“Pada masa yang sama pemaju memulakan pembinaan The Nobel Healthcare Park, iaitu kompleks suite perubatan dan kesejahteraan khusus dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1 bilion yang terdiri daripada empat komponen iaitu suite runcit, perubatan, perniagaan dan kesejahteraan iaitu kemudahan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara, yang mana unit tersedia untuk dijual sekarang.

“Suite runcit setinggi enam meter dengan harga purata RM2 juta, sesuai untuk pelaburan sama seperti memiliki unit runcit di tingkat bawah hospital ini.

“Ini adalah peluang keemasan kepada orang awan berikutan bukan semua orang berpeluang memiliki lot kedai di tingkat bawah hospital,” katanya, sambil menambah bahawa rangkaian perniagaan yang boleh dikendalikan termasuklah makanan dan minuman (FNB) farmasi, kedai serbaneka dan barangan keperluan dan perkhidmatan lain.

Sama seperti model perniagaan serupa di Hong Kong dan Singapura, pembangunan di bandar ini menawarkan dua blok suite perubatan milik persendirian yang disasarkan khas kepada pakar perubatan dan syarikat berkaitan penjagaan kesihatan.

Katanya, setakat ini bangunan ini sudah memperoleh lebih 75 peratus daripada unit dalam fasa pertama suite perubatan.

Menurutnya, ruang pejabat dan suite perniagaan turut tersedia, manakala peringkat MSC satu menara pejabat akan tersedia untuk disewa dan disasarkan kepada syarikat berstatus MSC dalam bidang teknologi kesihatan, aplikasi teknologi berkaitan penjagaan kesihatan, perisian pembangunan, robotik, teknologi berkaitan farmaseutikal dan e-dagang.

“Kita juga menyediakan suite kesihatan yang direka bentuk mengikut spesifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk hospital dan kediaman.

“Saiz yang dibina adalah sama dengan bilik hotel dan didatangkan bersama dengan perabot lengkap serta peralatan elektrik dan boleh memasak,” katanya.

Katanya, suite kesihatan ini disasarkan kepada pesakit luar atau luar negara yang mungkin melakukan perjalanan bersama ahli keluarga yang mendapatkan rawatan di sini.

“Penginapan ini juga dijamin selesa untuk pesakit yang sedang menjalani pemuliham sebaik pembedahan dan memerlukan lawatan susulan kepada doktor.

“Suite kesihatan ini juga boleh berfungsi sebagai tempat tinggal untuk doktor dan jururawat yang bekerja di KL Wellness City dan dianggarkan terdapat lebih 3,000 jururawat di hospital, dan 1,000 jururawat di pusat perubatan bekerja di sini,” katanya.

Beliau berkata, harga bagi prapelancaran untuk 512 unit suite kesihatan bermula pada RM366,000 dan suite ini dijangka siap menjelang 2026.

“Pada masa sama, suite kesihatan boleh dijadikan sebagai penginapan pada kadar RM230 sehari bersamaan RM4,600 sewa sebulan yang mana harga ini boleh dipertimbangkan sebagai pulangan yang baik untuk hartanah bernilai RM366,000.

Dalam pada itu, beliau berkata, pasukan hospitaliti KL Wellness City menawarkan perkhidmatan pengurusan sewaan untuk
pemilik suite kesihatan.

“Kami menawarkan perkiraan perkongsian keuntungan yang menarik untuk dua tahun pertama iaitu 80 peratus kepada
pemilik manakala 20 peratus kepada KL Wellness City,” katanya.

Vincent berkata, hospital antarabangsa KL Wellness City yang dijadualkan dibuka pada 2026 dakan diletakkan sebagai hospital pelancongan perubatan.

“Kita akan menyediakan bas ulang-alik dari hospital ke dan dari Pavilion Bukit Jalil yang terletak di seberang jalan raya serta ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (LTAKL).

“Kementerian Kesihatan dan Majlis Perjalanan Penjagaan Kesihatan Malaysia mengeluarkan statistik yang menunjukkan jumlah pelancong perubatan ke Malaysia adalah dijangka berkembang lebih banyak lagi mulai 2024 dan tahun seterusnya.

“Sebelum wabak COVID-19, Malaysia memperoleh 1.3 juta perubatan antarabangsa dan Malaysia berada di kedudukan pertama antara destinasi penjagaan kesihatan global.

“Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) meramalkan kemasukan besar pelancong perubatan dan pelancong penjagaan kesihatan mulai 2024 dan jumlah ini menunjukkan permintaan keperluan komersil dan penginapan adalah tinggi dan mudah menjana hasil yang tinggi,” katanya.

Katanya, KL Wellness City adalah pemenang anugerah Pembangunan Campuran-Kegunaan Terbaik di Asia Property Awards 2022, dan Consumer Game Changer, Anugerah Hartanah Asia 2022.

KL Wellness City juga menjadi pelaburan menguntungkan bagi aset hartanah yang bukan hanya muncul sebagai penyelesaian untuk menyokong individu dan komuniti untuk hidup lebih lama, lebih sihat dan lebih seimbang tetapi pada masa sama memberi manfaat kepada pemaju, pembeli, pengendali dan semua pihak berkepentingan lain.

Hari ini, hartanah kesihatan mewakili salah satu industri utama yang membentuk bersama ekonomi kesejahteraan global.

KL Wellness City akan mengadakan dua fasa pratonton tertutup di bilik VIP 2 tingkat dua, Hotel Hilton Kota Kinabalu masing-masing jam 2 hingga 6 petang pada 27 April dan jam 9.30 pagi sehingga 1.30 petang pada 28 April.

Untuk maklumat lanjut, pergi ke www.klwellnesscity.com atau hubungi 010-406 6686.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.272500 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list