CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 630|Reply: 0

[Sabah] Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup minuman keras dari Labuan

[Copy link]
Post time 26-4-2024 06:16 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Minuman keras yang dirampas semasa cuba diseludup masuk ke Menumbok.

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Labuan menggagalkan cubaan menyeludup 10,728 tin dan botol minuman keras di kedudukan 2.9 batu nautika timur laut Pulau Balangkasan, Menumbok.

Pengarah Maritim Malaysia Labuan, Kepten Maritim Izwanhadi Idros berkata, pihaknya turut dirampas sebuah bot pancung fiber dan tiga enjin dan keseluruhan rampasan termasuk minuman keras bernilai RM472,000 dalam kejadian jam 5.10 pagi.

“Semasa menjalankan rondaan operasi Op Sejahtera, Op Khas Pagar Laut dan Op Tiris, bot ronda Maritim Malaysia mengesan sebuab bot  yang sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan dari Pulau Labuan menuju ke Menumbok di posisi 0.1 batu nautika utara Pulau Balangkasan, Menumbok.

“Ketika menghampiri bot berkenaan untuk pemeriksaan, bot itu bertindak memecut ke arah tebing hutan bakau muara Sungai Klias.

"Ketika itu, tekong bot bertindak melarikan diri ke hutan paya bakau berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut di dalam bot menemukan sejumlah 10,728 tin dan botol minuman keras pelbagai jenama.

"Semua minuman keras itu dipercayai dibawa secara haram dan cuba diseludup keluar dari Pulau Labuan untuk pasaran tempatan,” katanya.

Menurutnya, semua barang rampasan serta bot diiring masuk ke jeti Zon Maritim Labuan bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

"Usaha mengesan serta memburu dalang dan suspek diteruskan bagi memastikan pelaku jenayah dikenakan tindakan undang-undang yang tegas.

"Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 kerana membawa keluar minuman keras tanpa cukai melebihi jumlah yang dibenarkan," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.055876 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list