CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1420|Reply: 3

[Tempatan] Mangsa ragut: Nasib baik kepala anak saya tidak pecah

[Copy link]
Post time 26-4-2024 01:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 26-4-2024 05:59 AM

‘Nasib baik kepala anak saya tidak pecah’

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... k-saya-tidak-pecah/

Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
26 April 2024, 12:32 pm


MANGSA mengalami kecederaan selepas terjatuh akibat diragut seorang penunggang motosikal di Jalan Persiaran Raja Muda Musa, Klang baru-baru ini.

KLANG – Seorang gadis yang cedera selepas menjadi mang­sa ragut di Jalan Persiaran Raja Muda Musa di sini, masih dihantuai trauma sehingga takut untuk ke tempat kerja seorang diri.

Bapa mangsa yang enggan dikenali berkata, anaknya itu juga meminta untuk dihantar ke tempat kerja bagi mengelakkan kejadian sama berulang kembali.

Katanya, ia merupakan keja­dian ragut pertama yang dialami anak ketiga daripada empat beradik itu sepanjang lebih setahun menunggang motosikal ke tempat kerja.

“Dia masih lagi risau dan trauma. Ketika ini, saya atau anak yang lain akan menghantar dan mengambilnya dari tempat kerja.

“Semasa dapat tahu kejadian tersebut menerusi video tular, memang menggeletar badan saya lebih-lebih lagi selepas lihat anak terjatuh di atas jalan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Katanya lagi, dia bagaimanapun bersyukur apabila tiada kenderaan lain yang berada di belakang anaknya semasa kejadian.

“Memang geram lihat anak ditarik begitu sehingga jatuh. Saya cukup risau kepalanya pecah atau cedera parah,” ujarnya.

Tambah beliau, dia juga berharap peragut yang telah dijatuhi hukuman itu akan-akan benar-benar insaf atas perbuatan yang dilakukannya.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen di sini semalam, menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan ke atas Muhammad Syafi’ei Hasan, 24, atas kesalahan
meragut seorang gadis sehingga mangsa mengalami kecederaan parah minggu lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2024 02:54 PM | Show all posts
nasihatkan anak juga bila naik motor, beg jangan disandang..
benda tu memang mengundang penyamun datang..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 03:36 PM | Show all posts
Jahatnya.trauma adik ni


di hari Jumaat yang mulia ni, ku doakan semoga pelaku insaf dan berubah jadi baik selamanya.
ku pula rumah ke office 5minit je tapi sampai sekarang tak pernah dapat izin bawak moto.
hadap je la jem budak balik skeolah+parking limited.

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 04:01 PM | Show all posts
menyirap tgk video.


peragut bangsat tu mesti melayu kan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.068447 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list