View: 2454|Reply: 20
|
Beri lesen kasino di Forest City tidak benar – PM
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA – Perdana Menteri menafikan bahawa kerajaan mengeluarkan sebarang lesen untuk menubuhkan kasino di Forest City, di Johor Bharu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, laporan portal berita antarabangsa yang mendedahkan bahawa Malaysia sedang berunding dengan beberapa taikun untuk projek bernilai AS$100 bilion (RM480 bilion) adalah tidak benar.
“Tidak ada lesen kasino, tidak betul (laporan berita berkenaan projek kasino),” katanya ringkas ketika ditemui pemberita pada Majlis Madani Muhibah Aidilfitri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.
Forest City di Iskandar Puteri, Johor pada mulanya dirancang sebagai projek pembangunan kediaman bersepadu. Pembinaan dimulakan pada 2006, melibatkan konsortium pemaju hartanah China.
Pemajunya, Country Garden Pacificview Sdn Bhd, adalah usaha sama antara Country Garden Group dan Esplanade Danga 88 Sdn Bhd, sebuah syarikat yang disokong kerajaan Malaysia.
Country Garden, sebuah syarikat di papan utama Bursa Saham Hong Kong, dan disenaraikan sebagai antara syarikat Fortune Global 500 dan adalah antara satu daripada tiga syarikat pemaju teratas China.
Visi besar projek itu adalah untuk mewujudkan kawasan perbandaran mewah untuk rakyat yang kaya daripada China.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Kasi saman sama itu media. Tp jgn saman hari rabu Tau |
|
|
|
|
|
|
|
biasanya bila kerajaan nafi benda tu akan berlaku... tapi iols harap tidak akan ada kasino di bumi Johor ini. Walaupun kalau baca kat Edisi Siasat tu, judi haram macam selamba jek beroperasi kat Johor... Winbox ntah apa nama tu. |
|
|
|
|
|
|
|
nazurah replied at 26-4-2024 09:29 AM
biasanya bila kerajaan nafi benda tu akan berlaku... tapi iols harap tidak akan ada kasino di bumi J ...
Bukan tak benar...tgh kaji katanya...kalau related dgn yg ITU....ada harapan dapat agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Masuk kasino kena pakai smart. Jgn pakai seluar katok.
|
|
|
|
|
|
|
|
nw111 replied at 26-4-2024 05:22 AM
Bukan tak benar...tgh kaji katanya...kalau related dgn yg ITU....ada harapan dapat agaknya
Kalau tak lepas yg ITU, ade berani ke nk announce. Bukan ke ITU tu pintu masuk. Wait and see je la. |
|
|
|
|
|
|
|
Salah 1 cara untuk attract investors dari china dengan buka casinos... Depa suka ber judee |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau bukak kat johor mmg fake dan hipokrit la johor kan acah2 terpaling smua pergi sogama |
|
|
|
|
|
|
|
Minami2013 replied at 26-4-2024 02:20 PM
Kalau tak lepas yg ITU, ade berani ke nk announce. Bukan ke ITU tu pintu masuk. Wait and see je la ...
Projek pun yg ITU punya kann.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul pun apa masalah. Orang Islam jangan bagi masuk macam Genting.
Yang penting orang Johor sendiri takde yang meloncat2. Orang luar tak payah sibuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
nw111 replied at 26-4-2024 07:30 AM
Projek pun yg ITU punya kann..
Tak pasti lah.. tapi mmg dah well known pun kan nk buat ape2 investment kat negara ITU kena go through you-know-who... Apatah lagi skrg taraf dah upgrade. |
|
|
|
|
|
|
|
Minami2013 replied at 26-4-2024 05:12 PM
Tak pasti lah.. tapi mmg dah well known pun kan nk buat ape2 investment kat negara ITU kena go thr ...
Sejak upgrade ni nampak kamceng pula dgn yg dlm gambar di atas...so kalau dpt lesen tu pun I tak terkejut |
|
|
|
|
|
|
|
nw111 replied at 26-4-2024 09:41 AM
Sejak upgrade ni nampak kamceng pula dgn yg dlm gambar di atas...so kalau dpt lesen tu pun I tak t ...
Dua-dua tu kan ada seteru yg sama... PM dua kali tu. Ofkos senang nk sekepala. Lagipun gov skrg ni kan tak stabil gabungan nya. Kena la dpt support drpd jagung.
Setuju. Kalo berkaitan permintaan negara ITU, mmg dpt la. Nanti boleh lah kita dgr pulak kisah org terjun drpd bangunan tinggi forest height lepas kalah judi.. betul2 berhantu situ |
|
|
|
|
|
|
|
nw111 replied at 26-4-2024 01:22 PM
Bukan tak benar...tgh kaji katanya...kalau related dgn yg ITU....ada harapan dapat agaknya
Hmmm yelah… YTJT |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak tuan tanah forest naik, macam macam cerita forest keluar. Positif dan negatif. Huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Risau la aku nanti malayaia nie jadik mcm palastine. Israel amek tanah deme. Korank golongan kaya takpa la ada rumah kt obersea. |
|
|
|
|
|
|
| |
|