CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 679|Reply: 1

Siasatan kes kapal LCS tidak pernah tutup – Azam Baki

[Copy link]
Post time 25-4-2024 10:23 PM | Show all posts |Read mode




GUA MUSANG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan pihak ya tidak pernah menutup siasatan berhubung kes pembelian kapal selam Scorpene dan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan kes itu masih berjalan dan sehingga kini pihaknya masih berhubung dengan pihak di luar negara bagi mendapatkan maklumat kes berkenaan.


Katanya, SPRM akan segera berkongsi maklumat kepada umum sekiranya mendapat petanda baik.


“Kes (Scorpene) masih berjalan apabila kita sebenarnya masih berhubung dengan pihak di luar negara bagi mendapatkan maklumat keterangan tentang beberapa transaksi.


“Alhamdulillah, maklum balas positif dari pihak luar negara yang memberi maklumat yang kita minta dan kehendaki. Jadi, saya akan maklumkan kemudian apabila tiba masanya jika ada petanda yang baik. Kes ini masih lagi dalam siasatan kita,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Datuk Ariffin Said Ibu Pejabat Kesedar Gua Musang, di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Azam turut menafikan dakwaan pihak luar tentang siasatan terhadap LCS turut dihentikan.


“Saya menafikan dakwaan pihak-pihak luar yang mendakwa siasatan kes LCS dihentikan, sedangkan siasatan kes in masih aktif diteruskan.


“Selain itu, SPRM juga sedang membuat permohonan Bantuan Undang-undang Bersama (MLA) melalui pihak Jabatan Peguam Negara untuk beberapa permohonan (dokumen dan bukti) yang dikehendaki,” katanya.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2024 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
LCS nie antara isu paling byk PH ckp masa jd pembangkang. Mcm² dia nak buat bila jd kerajaan tp bila dah berkuasa jd krik² jer.

Kes jana wibawa tue laju betul SPRM buat keje. Kes LCS dari PH jd pembangkang smp jd Kerajaan, lambat jgk nak siasat. Adakah LCS nie lebih complicated dari kes 1MDB & SRC?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.081357 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list