CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 705|Reply: 0

[Sarawak] Pemergian wirawati TLDM Joanna satu kehilangan besar dan mengejutkan

[Copy link]
Post time 25-4-2024 08:26 PM | Show all posts |Read mode


Riot ketika ditemui media selepas menghadiri upacara berkenaan.-Gambar Rosytein Emmor.

SERIAN: Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem menyifatkan pemergian wirawati Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu Laskar Kanan (LK) JJM Joanna Felicia Rohna, 26, adalah satu kehilangan besar dan mengejutkan buat negara, khasnya negeri Sarawak.

Menurutnya, beliau tidak dapat menahan sebak setelah mendengar khabar duka yang menimpa wirawati itu bersama-sama rakan sepasukan yang lain.

"Pemergian mendiang satu perkara yang mengejutkan. Saya ketika itu berada di Kuala Lumpur (KL) dan ketika mendengar khabar ini, saya terus mengambil keputusan untuk balik ke kawasan dan memastikan diri saya berada di sini (penghormatan terakhir).

"Sebagai Ahli Parlimen kawasan ini (Serian), tiada kata-kata untuk saya ungkapkan kerana ini (pemergian Joanna) merupakan satu kehilangan besar dan mengejutkan.

"Dia (mendiang) merupakan 'hero' kebangsaan dan kami bangga dengan dia," ujarnya kepada pemberita selepas menghadiri upacara pengebumian jenazah Joanna Felicia Rohna di Tanah Perkuburan Kristian, Kampung Engkeroh, Tebakang, di sini hari ini.

Beliau pada masa yang sama menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam urusan berkenaan.

"Terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan terima kasih kepada Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) Mejar Jeneral Mohamed Fauzi Kamis, wakil Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu Ketua Pengarah Pasukan Projek Littoral Combat Ship TLDM Lumut Laksamana Pertama Ir. Ts. Franklin Jeyasekhar Joseph serta Penasihat Persatuan Veteran Tentera Kor Renjer Datuk Stephen Mundaw dan pihak yang terlibat," jelasnya.

Ditanya mengenai kebajikan anak-anak mendiang, Richard berkata bahawa perkara itu tidak perlu risau.

"Saya sebagai Ahli Parlimen akan memastikan anak-anaknya terjaga dan urusan kebajikan ini kita tidak perlu risau kerana kerajaan sudah tentu akan mengambil berat urusan ini," jelasnya.

Sementara itu, suami mendiang, Bintara Muda TMK Haslie Ali, 33, ketika ditemui menyatakan ucapan penghargaan kepada semua yang hadir memberi penghormatan ke atas mendiang isterinya.

"Terima kasih kepada semua yang hadir memberi penghormatan kepada isteri saya," jelasnya.

Kata Haslie, dia telah menerima maklumat berhubung insiden berkenaan ketika masih bekerja.

"Saya mendapat khabar ini ketika masih bekerja dan saya sendiri melihat rakaman itu juga," katanya.

Mendiang Joanna meninggalkan dua cahaya mata yang masih kecil iaitu Allesia Felice Haslie, 4 dan Hovannes Haslie, yang berusia setahun.

Terdahulu, Joanna merupakan salah seorang daripada 10 mangsa nahas helikopter TLDM yang terkorban semasa raptai perbarisan Sambutan Hari TLDM ke-90 pada pagi Selasa lalu.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 9.30 pagi itu melibatkan dua helikopter bertembung di udara.

Dua helikopter yang bertembung melibatkan pesawat HOM (M503-3) membawa empat kru dan tiga penumpang dengan pesawat Fennec dinaiki tiga kru sebelum terhempas di dalam Pangkalan TLDM Lumut.

Rentetan kejadian yang menyayat hati itu, sambutan Hari TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu telah dibatalkan dan akan digantikan dengan majlis tahlil serta doa selamat untuk mangsa terlibat nahas berkenaan.

Mereka yang terkorban dalam nahas itu ialah Komander Muhammad Firdaus Ramli, Komander Muhamad Amir Mohamad, Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, Leftenan Sivasutan Thanjappan, Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun, Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi, Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar termasuk Joanna.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.052594 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list