CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 666|Reply: 0

[Sarawak] MUT akan adakan Kempen Mencegah Vandalisme secara besar-besaran

[Copy link]
Post time 25-4-2024 08:25 PM | Show all posts |Read mode


Julaihi (kanan) dan Timbalannya, Datuk Liwan Lagang menunjukkan statistik kes vandalisme membabitkan aset utiliti dan telekomunikasi pada sidang media hari ini. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) akan mengadakan Kempen Mencegah Vandalisme secara besar-besaran dalam usaha membendung kegiatan vandalisme ke atas aset utiliti dan telekomunkasi di Sarawak.

Menterinya Dato Sri Julaihi Narawi berkata, kegiatan vandalisme menunjukkan peningkatan ketara antara 2022 dan 2023 dengan kerugian ditanggung mencecah jutaan ringgit.

Katanya pada 2022, sebanyak 521 kes vandalisme direkodkan melibatkan aset telekomunkasi, belakan elektrik, air dan edaran gas dengan jumlah kerugian RM3,763,606.

Manakala pada 2023 katanya, sebanyak 1,406 kes vandalisme direkodkan melibatkan aset telekomunikasi, bekalan elektrik, air dan edaran gas dengan jumlah kerugian RM19,673,977.

"Sebab itu, kita adakan kempen besar-besaran ini dengan harapan dapat mengurangkan kes vandalisme ke atas aset-aset bukan sahaja di bawah MUT tetapi juga Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC)  dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Mesyuarat MUT, Tingkat 8, Menara LCDA di sini, hari ini.

Ujar Julaihi lagi, tahun ini sahaja bagi tempoh Januari hingga Mac, sebanyak 45 kes vandalisme direkodkan berbanding 27 kes pada tempoh sama 2023.
Kuching katanya, merekodkan kes vandalisme tertinggi, selain Bintulu dan Miri.

"Apa yang menjadi kegusaran kita ialah perbuatan mencuri dan merosakkan aset utiliti dan telekomunikasi ini bukan sahaja menjejaskan penyaluran bekalan elektrik, air dan telekomunikasi kita.

"Tetapi apa yang lebih kita bimbangkan ialah ia boleh membahayakan keselamatan pelaku dan juga orang awam dan lebih buruk berisiko meragut nyawa," katanya.

Mengulas lanjut mengenai kempen tersebut, Julaihi berkata ia dirancang diadakan pada pertengahan tahun ini antara Jun dan Julai di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Seramai 3,000 peserta dijangka menyertai kempen tersebut yang dijangka dirasmikan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.046255 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list