SIBU: Orang ramai dijemput hadir menderma darah pada kempen derma darah anjuran Sibu Life Care Society di Orange Zone, Star Mega Mall pada Ahad ini.
Kempen dengan kerjasama Unit Perkhidmatan Transfusi Darah Hospital Sibu dan Star Mega Mall.
Program bermula dari jam 9 pagi hingga 2 petang.
Objektif penganjuran kempen adalah sebagai usaha membantu pihak bank darah hospital mendapatkan bekalan darah yang mencukupi untuk kegunaan Hospital Sibu.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti kempen derma darah, orang ramai boleh menghubungi Bank Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.
|