CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 667|Reply: 0

[Sabah] FAS bantu golongan memerlukan di Labuan

[Copy link]
Post time 25-4-2024 05:16 PM | Show all posts |Read mode


SUMBANGAN: FAS Labuan menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan.

LABUAN: Food Aid Sabah (FAS) menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan termasuk warga emas, pesakit kanser dan golongan asnaf di sekitar wilayah ini.

Penyampaian sumbangan itu dilakukan oleh wakil FAS Labuan iaitu Afred, Brandon, Jason, Venese dan Adam Chong.

FAS Labuan telah menerima jemputan daripada pengerusi Persatuan Wanita Labuan (HAWA), Fauziah Datuk Haji Mohd Din sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, Fauziah menzahirkan terima kasih kepada FAS Labuan kerana menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada golongan memerlukan di wilayah ini.

“Sumbangan bakul makanan ini diharap dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga golongan memerlukan di sini.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada penaja utama MTT Shipping yang dilihat selalu bersama FAS memberikan bantuan kepada golongan suasah,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.047834 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list