CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 740|Reply: 0

[Sabah] PTS wujudkan ‘Food Bank’ bantu mahasiswa

[Copy link]
Post time 25-4-2024 05:08 PM | Show all posts |Read mode


RASMI: Md Nor (tengah) ketika merasmikan ‘Food Bank’ PTS dalam majlis berkenaan.

TAWAU: Politeknik Tawau Sabah (PTS) mengambil inisiatif mewujudkan ‘Food Bank’ bagi membantu mahasiswa yang kurang berkemampuan di pusat berkenaan.

Pengarahnya, Md Nor Abdul Halim berkata, inisiatif itu adalah bagi menyahut saranan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang mahukan pusat pendidikan prihatin dan terus membantu mahasiswa kurang berkemampuan.

Katanya, usaha itu juga adalah hasil kerjasama semua mahasiswa PTS yang menjalankan aktiviti mengumpul sumbangan daripada pelbagai pihak.

“Kita selalu dengar mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) ramai yang ikat perut dan hanya makan makanan segera disebabkan mahu berjimat.

“Justeru, PTS juga mahu membantu supaya tiada kes-kes mahasiswa di sini yang terpaksa ikat perut disebabkan kekurangan duit belanja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir dalam Majlis Raikan Syawal Politeknik Tawau Sabah bersama anak-anak yatim dan pelancaran ‘Food Bank’ PTS, di sini, semalam.

Majlis Raikan Syawal Politeknik Tawau itu dirasmikan Pengarah Urusan Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Malaysia (YATIM), Salehhuddin Osman.

Menurutnya, usaha mewujudkan ‘Food Bank’ itu dilakukan oleh mahasiswa dan pihak pengurusan PTS hanya membuat pemantauan sahaja.

“Melalui penglibatan mahasiswa ini juga, kita dapat melahirkan graduan yang boleh memberikan kebaikan kepada masyarakat apabila mereka tamat pengajian nanti.

“Program ‘Food Bank’ ini akan sentiasa dipantau dan ditambah baik supaya ia memberi kesan positif serta menjadi aktiviti tahunan mahasiswa mencari sumbangan terutamanya bakul makanan,” katanya.

Dalam pada itu, Md Nor berkata, PTS terus menjadi pilihan pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini.

Katanya, sambutan daripada pelajar lepasan SPM sangat menggalakkan dan setiap tahun pertambahan mahasiswa yang agak ketara di PTS.

“Tahun lalu sahaja, kemasukan pelajar ke PTS sebanyak 120 orang melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu 90 orang.

“Hal ini kerana, kebolehpasaran mahasiswa PTS di dalam industri menjangkau sehingga 96 peratus dan hampir semua lepasan PTS memperoleh pekerjaan selepas tamat pengajian,” katanya.



SUMBANGAN: Salehhuddin (tiga kiri) ketika menyampaikan sumbangan kepada anak yatim daripada PTS, IPGMKT dan UiTM Kampus Tawau.
Sementara itu, Salehhuddin berkata, inisiatif PTS mengadakan majlis meraikan anak yatim ini sangat baik dan ia perlu dicontohi oleh semua pusat pendidikan.

Katanya, berkongsi kegembiraan bersama anak yatim ini memberikan kesan positif terutamanya kepada mereka yang diraikan.

“Saya sangat berterima kasih kepada PTS kerana dapat mengumpulkan para penyumbang daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat untuk membantu anak-anak yatim.

“Pembabitan semua sektor di negara ini dalam membantu anak-anak yatim sangat diperlukan supaya lebih ramai lagi golongan itu dapat dibantu,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.168135 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list