CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 906|Reply: 0

[Sabah] 39,276 warga asing didaftar dalam S.W.I.M.S di Sabah

[Copy link]
Post time 25-4-2024 04:34 PM | Show all posts |Read mode


NIZAM

KOTA KINABALU: Seramai 39,276 warga asing merangkumi 21,994 pekerja dan 17,282 tanggungan direkodkan dalam Sistem Pengurusan Bersepadu Pekerja Asing dan Bukan Pemastautin Negeri Sabah (S.W.I.M.S) dan diperakukan oleh majikan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk nizam Abu Bakar Titingan berkata, sejak bermulanya Program Outreach Aktiviti Pendataan Digital pada 12 September 2022 sehingga kini, program berkenaan sedang berjalan dengan aktif, termasuk semasa bulan Ramadan.

Katanya, setakat ini sebanyak lima syarikat perladangan menyertai dan terlibat sepenuhnya dalam program berkenaan iaitu Kumpulan Sawit Kinabalu, Sabah Softwood Berhad, Benta Wawasan Sdn. Bhd, FGV Plantations, dan Cepat Wawasan Group Berhad.

"Warga asing melalui program ini didaftarkan dan didatakan secara digital melibatkan pengambilan maklumat peribadi, pengecaman muka dan biometrik dengan menggunakan S.W.I.M.S.

"Golongan warga asing ini didatakan berdasarkan matriks pendataan berpandukan Akta Imigresen 1959/63 dan PeraturanPeraturan Imigresen 1963," katanya semasa sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Ewon Benedick (UPKO-Kadamaian) mengenai status semasa cadangan pendataan digital pendatang asing dan jumlah pendatang asing terkini yang direkodkan di Sabah.

Nizam berkata, pada fasa permulaan, Program Outreach Aktiviti Pendataan Digital ini tertumpu kepada sektor perladangan dan pembinaan.

Menurutnya, kedua-dua sektor berkenaan adalah sektor yang mempunyai bilangan warga asing yang tertinggi dan juga permintaan tenaga kerja yang aktif dalam kategori 3D iaitu 'Dirty, Difficult and Dangerous'.

Katanya, bagi golongan pendatang tanpa izin (PTI), kerajaan tidak akan berkompromi dengan isu-isu keselamatan yang melibatkan PTI di Sabah.

Selain itu jelasnya, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah dan agensi penguatkuasaan yang berkaitan akan sentiasa melaksanakan operasi penangkapan dan pengusiran terhadap golongan-golongan ini.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.072263 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list