CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 700|Reply: 0

[Sabah] Warga emas melecur semasa selamatkan barangan dalam kebakaran

[Copy link]
Post time 25-4-2024 04:32 PM | Show all posts |Read mode


TERBAKAR: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran.

PENAMPANG: Seorang lelaki warga emas melecur di bahagian belakang badan ketika berusaha menyelamatkan barang miliknya selepas kediamannya terbakar di Jalan Hiko, Kampung Hungab, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Penolong Penguasa Bomba, Zeno Tinggalan berkata, mangsa berumur 65 tahun itu dipercayai terkena bahangan api semasa kejadian berkenaan.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 10.47 malam.

“Bertindak dengan kejadian, sepasukan anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi kejadian sejauh kira-kira dua kilometer dari balai bomba menggunakan dua jentera.

"Kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal dua tingkat terbakar sepenuhnya.

"Turut terbakar dua kereta jenis kompak dan kenderaan pelbagai guna (MPV),” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran dua pancutan.

"Operasi terkawal jam 11.34 malam dan terdapat seorang mangsa lelaki melecur di belakang badan.

“Mujurlah mangsa tidak mengalami kecederaan parah dan dihantar ke hospital oleh ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

"Operasi ditamatkan pada 1.05 pagi. Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.060390 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list